suria

[V] Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah

SELEPAS segala kontroversi terjadi, akhirnya pelakon Bella Astillah nekad untuk berpisah dengan aktor Aliff Aziz selepas dia memfailkan penceraian terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebutan pertama kes berkenaan bagaimanapun tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak muncul di mahkamah.

Justeru, peguam mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais berkata, sebutan semula kes berkenaan akan diadakan pada 4 April depan.

“Hari ini adalah tarikh bagi sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai. Bella telah menfailkan kes ini pada Isnin secara ekspres.

Bella mencari jalan terbaik untuk rumah tangganya bersama Aliff.

“Kami dapat berita yang Aliff setuju, tetapi pada hari ini beliau maklumkan yang dia ada shooting. Jadi saya mohon sebutan seterusnya pada 4 April,” katanya kepada mStar.

Jelas Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, penceraian itu merupakan jalan terbaik di antara konflik yang melanda rumah tangganya bersama Aliff.

Tambah Bella, dia berharap supaya urusan penceraiannya bersama Aliff dipermudahkan dan dipercepatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mampu melinangkan air mata... Bella Astillah masih terkejut suami ditangkap khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: "Jika lelaki itu menyakitimu..." - Perkongsian ibu undang sebak, minta Bella Astillah pulang ke pangkuan keluarga

“Bella rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi Bella dan juga Aliff.

“Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar.

Dalam masa sama, aktress itu berkata dia bernekad untuk meneruskan penceraian memandangkan sudah banyak peluang diberikan sebelum ini.

“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella.

“Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki. Kita doakan daripada jauh,” ujarnya.

Sebelum ini Aliff ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas kesalahan khalwat.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang pada hari yang sama.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019.

Bagaimanapun, mereka rujuk kembali ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain