suria

Anak-anak tak tahu kes panas ini, Bella Astillah bagi alasan Aliff sibuk kerja

Bella sebak apabila bercakap soal anak.

PELAKON Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai emosi anak-anaknya selepas bapa mereka iaitu Aliff Aziz terpalit kontroversi panas, dicekup penguatkuasa agama Islam kerana berkhalwat pada Sabtu lalu.

Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dua anaknya iaitu Ayden dan Ara masih belum mengetahui isu berkenaan memandangkan mereka tidak menggunakan telefon bimbit.

"Mereka tak terkesan apa-apa, sebab saya selalu bagi alasan Aliff kerja dan mereka pun tidak main telefon bimbit.

size NP 1 (46)

Anak-anak masih belum tahu tentang berita kontroversi Aliff.

"Macam Adrean pergi (belajar di) sekolah Cina, jadi dia tidak dengar apa-apa, Adrean tetap hantar ucapan Ramadan pada ayah dia, begitu juga Ara," katanya kepada mStar.

Bella terdahuu berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan cerai dibuat terhadap suami.

Perbicaraan kes itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak muncul di mahkamah dan akan disambung pada 4 April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mampu melinangkan air mata... Bella Astillah masih terkejut suami ditangkap khalwat

Meskipun hubungannya dengan Aliff bakal berakhir dengan perpisahan, Bella berkata dia tidak menghalang anak-anak untuk bertemu bapa mereka.

"Saya pun cakap dengan Aliff, dia boleh sentiasa jumpa anak-anak, saya takkan tetapkan apa-apa syarat," jelasnya.

Pada 9 Mac lalu, Aliff ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas kesalahan khalwat.

size NP 1 (47)

Aliff dan Ruhainies masing-masing belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang pada hari yang sama.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019.

Bagaimanapun, mereka rujuk kembali ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain