Selepas buka tudung, Fathia kongsi foto dicium dan status berbaur lucah - Sensasi | mStar

Selepas buka tudung, Fathia kongsi foto dicium dan status berbaur lucah

Fathia mencetuskan kontroversi sekali lagi dangan kongsi foto dicium.

KONTROVERSI buka tudung masih panas, pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi topik hangat netizen apabila memuat naik foto dicium seorang lelaki di laman sosialnya pada Khamis.

Selain foto itu, beberapa catatan lain melibatkan agama turut dimuat naik wanita berusia 32 tahun itu di Insta story miliknya.

Beberapa kenyataan berbaur lucah itu dilihat seolah-olah menyindir netizen yang mengecam penampilan baharunya tidak berhijab.

"Ayuh buat saya lebih dikenali! Saya perlukan lebih perhatian," ujarnya pada salah satu kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak mahu berselindung lagi, sedar berhijab kerana rasa kecewa”- Fathia tampil rambut pendek


Paparan skrin yang tersebar dilaman sosial Twitter.

Pelakon ini bagaimanapun, bertindak memadamkan kenyataan itu, namun paparan skrin sudah tersebar di Twitter.

Kebanyakan nitezen bersimpati dan membuat kesimpulan Fathia kini sedang dilalui fasa sukar dan perlu dibantu.

Segelintir netizen juga berpendapat dia sedang memberontak dengan diri sendiri terutama apabila merasakan dirinya kini tidak lagi diberi perhatian oleh industri tana air.

“Korang bayangkan dari top gila dengan nama, iklan, bisnes dan tiba-tiba semua tu tiada.

“Dia sedang memberontak sekarang. Semoga ada sinar untuk Fathia” ujar netizen.

Pada malam Rabu, Fathia mengumumkan sudah tidak lagi berhijab kerana tidak mahu berselindung dan berpura-pura.

Fathia Latiff

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain