Ini lelaki didakwa cium Fathia? Katanya itu foto lama - Sensasi | mStar

Ini lelaki didakwa cium Fathia? Katanya itu foto lama

Ali enggan ulas mengenai foto cium.

TINDAKAN pelakon Fathia Latiff memuat naik foto dia dicium seorang lelaki di Instagram mengundang pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

Susulan itu, nama pelakon baharu yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres berkenaan iaitu Ali Reza dikatakan netizen sebagai individu dalam foto versi hitam putih itu.

Ketika dihubungi mStar pada Jumaat, Ali, 22, juga tidak menafikan tuduhan itu namun memilih untuk enggan mengulas panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buka tudung, Fathia kongsi foto dicium dan status berbaur lucah

"Saya baru tahu tentang foto yang tular itu semalam (Khamis) selepas pulang daripada penggambaran sebuah drama.

"Tentang siapa individu dalam foto tu saya malas nak komen... benda (gambar) pun dah padam! Kalau tengok rambut Fathia dalam tu pun berbeza," katanya mengulas mengenai foto berkenaan.

Tersebar foto Fathia dicium seorang lelaki.

Ditanya bagaimana dia dapat memastikan penampilan berbeza Fathia menerusi foto itu, Ali sekali lagi mengelak untuk menjelaskan lanjut.

Sementara itu bercerita mengenai hubungannya dengan Fathia, pelakon drama Voice Note ini berkata dia sudah mengenali aktres tersebut sejak 2017.

Malah, sehingga kini kedua-duanya masih bersahabat namun kesibukan kerja membuatkan mereka sudah lama tidak berjumpa.

"Saya kenal dia sejak tahun 2017 masa itu kami shooting drama bersama, saya hanya bawa watak tambahan sahaja.

"Kami masih berkawan... cuma dah lama tak jumpa," ujarnya.

Ali dan Fathia pernah digosipkan bercinta. Foto: suria.my

Selepas hangat dengan isu buka tudung, Fathia sekali lagi menjadi topik hangat netizen apabila memuat naik foto dicium seorang lelaki di laman sosialnya pada Khamis.

Selain foto itu, beberapa catatan lain melibatkan agama turut dimuat naik wanita berusia 32 tahun itu di Instastory miliknya.

Bukan itu sahaja, Fathia juga dengan berani menulis beberapa kenyataan berbaur lucah yang dilihat seolah-olah menyindir netizen kerana mengecam penampilan baharunya tidak berhijab.

Bagaimanapun, Fathia memadam foto tersebut selepas beberapa jam dikongsi di laman tersebut, namun paparan skrin gambar berkenaan tular di laman sosial.

Pada September tahun lalu, menerusi laporan beberapa media tempatan, Ali menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dia adalah kekasih terbaharu Fathia.

Spekulasi itu mula timbul selepas Fathia memuat naik gambar mereka berdua, namun dia telah memadamkan semula gambar tersebut.

Fathia Latiff

Artikel Lain