suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jelas fitnah“ - Fiza Sabjahan tiada kaitan spekulasi hubungan sulit bersama hos TV lelaki berstatus suami orang

Fiza tidak teragak-agak ambil tindakan atas fitnah melibatkan namanya.

PENGACARA Fiza Sabjahan tampil membersihkan namanya susulan timbul dakwaan dia merupakan wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga seorang hos lelaki.

Fiza atau Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 43, bagaimanapun menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh memburukkan nama baiknya.

Dia turut memberi amaran akan menyimpan bukti berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya itu.

Fiza beri amaran kepada pengguna Threads.

“Awak tulis nama saya atas perkara yang saya tak terlibat ini. Jelas fitnah, saya tangkap layar ya,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Fiza berkata perkara itu sebagai respons terhadap hantaran seorang pengguna Threads yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang pelakon dan juga pengacara lelaki.

Hantaran tersebut kemudiannya menarik perhatian ramai apabila rata-rata pengguna media sosial meminta Fiza mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fiza Sabjahan dilabel tidak cantik sewaktu mula jadi pengacara… Bukan sekadar penampilan, ‘attitude’ pun kena jaga

ARTIKEL BERKAITAN: 'Wanita Hari Ini’ Jadi Sasaran Ibu Tunggal

Mereka berpendapat dakwaan seperti itu boleh mencetuskan lebih banyak spekulasi selain berpotensi menjejaskan reputasi Fiza.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan seorang pengacara lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang hos wanita.

Bagaimanapun, laporan tersebut sudah ditarik semula walaupun identiti pengacara wanita dan lelaki itu tidak dinyatakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain