suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Search dan isteri hadir ke IPD Shah Alam

Nourish berkongsi foto dia dan Amy hadir ke IPD Shah Alam.

ISTERI kepada penyanyi Datuk Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan berkongsi foto mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pagi Rabu.

Menerusi hantaran di media sosial, Norhasniza atau lebih dikenali sebagai Nourish memuat naik gambar menunjukkan dia, Amy serta tiga individu lain berdiri di hadapan bangunan IPD Shah Alam. 

Difahamkan, dua daripada individu berkenaan merupakan peguam.

Nama Amy menjadi bualan hangat netizen.

Bagaimanapun, Nourish tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut berhubung tujuan kehadiran mereka ke balai polis tersebut.

Usaha mStar untuk mendapatkan maklum balas daripada Nourish tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Sebelum ini, pada 10 Julai lalu, penyanyi Shila Amzah telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amy Search dah minta maaf, Awie harap kemelut dengan Shila Amzah selesai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Boleh berbaik, tapi Amy Search kena ubah sikap” - Shila Amzah

Shila kemudiannya mengesahkan individu yang dimaksudkan adalah Amy iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak. 

Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain