suria

Insiden curi kamera bukan gimik, Adzrin Ameruddin terkilan nama panas ketika pelancaran lagu baharu

Pihak pengurusan ambil serius dakwaan Adzrin mencuri.

NAMA penyanyi Adzrin Ameruddin menjadi bualan ramai selepas timbul dakwaan kononnya dia mencuri sebuah kamera ketika menghadiri majlis perkahwinan pada Ahad lalu. 

Di sebalik kekecohan itu, ada pula yang beranggapan insiden tersebut hanyalah gimik bagi merancakkan lagi pelancaran single terbaharunya berjudul Pelangi. 

Menjelaskan mengenai perkara itu, wakil kepada syarikat pengurusan iaitu Take Five Record menafikan insiden itu merupakan gimik yang dirancang dan memberitahu pihaknya memandang serius isu berkenaan.

adzrin_2

Tular video dakwaan Adzrin mencuri kamera. 

"Kami tidak akan lakukan perkara sebegitu untuk gimik. Kami ambil serius isu ini dan tetap dengan pendirian jenayah bukan perkara yang boleh dibuat main," katanya ketika dihubungi mStar. 

Pada Sabtu lalu, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Adzrin, 25, yang didakwa mengambil kamera miliknya dalam majlis yang dihadiri. 

Susulan itu, syarikat pengurusan Take Five Record tampil memberitahu pihak mereka masih lagi menjalankan siasatan lanjut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya artis naungan mereka terlibat melakukan kesalahan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penyanyi dituduh mencuri selepas ‘show’ di majlis kahwin, pengurus usaha hubungi mangsa dapat cerita sebenar 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ditipu wang ringgit, Zizan Razak malas nak mengemis meminta-minta... “Saya tahu tidur mereka tak lena”

"Pihak kami telah menghubungi wanita berkenaan untuk berbincang selesaikan perkara ini secara baik. Kami juga tidak mahu besarkan isu ini. Kalau boleh biarlah diselesaikan secara profesional tanpa melibatkan emosi. 

"Selepas meneliti kami juga merasakan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Adzrin kerana kamera tersebut telah dipulangkan. Wanita itu hanya tidak berpuas hati dengan cara Adzrin meminta maaf," ujarnya. 

Dalam pada itu, Adzrin juga telah mengambil tanggungjawab penuh selepas kejadian tersebut dengan membuat permohonan maaf. 

Kami ambil serius isu ini dan tetap dengan pendirian jenayah bukan perkara yang boleh dibuat main

TAKE FIVE RECORD

Dalam masa sama, penyanyi itu turut meluahkan rasa kecewa kerana kejadian ini berlaku ketika dia sedang mengatur langkah mempromosikan lagu baharu. 

"Adzrin dah pulangkan kamera dan ambil tanggungjawab berkenaan. 

adzrin_3

Adzrin melancarkan lagu baharu berjudul Pelangi. 

"Dia rasa sedih dan terkilan dengan kejadian ini. Mungkin apa yang berlaku ada satu ujian buat dia dan pihak kami sendiri," jelas wakil pengurusan tersebut.

Untuk info, Adzrin baru sahaja melancarkan lagu baharunya berjudul Pelangi yang boleh didengar dan ditonton di semua platform digital bermula Jumaat lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain