suria

Tiada niat ‘overshadow’ Liza Aziz, Krisdayanti harap penonton GV11 tak marah

Krisdayanti bangga Liza bergelar juara GV11.

DUET Krisdayanti bersama Liza Aziz di konsert akhir Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) mengundang reaksi kurang senang penonton apabila ada beranggapan penyanyi seberang itu ‘overshadow’ atau berlebihan semasa mereka menyampaikan lagu berjudul Cinta. 

Terkejut dengan pandangan netizen tersebut, Krisdayanti, 50, menjelaskan tidak timbul isu dia ingin menenggelamkan bakat Liza yang merupakan peserta program berkenaan.

Malah Krisdayanti menegaskan bahagian yang dinyanyikan adalah sama seperti lagu asal di mana dia berduet dengan penyanyi Melly Goeslaw. 

KD_1

Persembahan memukau Krisdayanti dan Liza di pentas akhir GV11. 

"Sebenarnya, saya meminta Datuk Ramli MS menurunkn satu key tetapi beliau menaikkan pula nada itu disebabkan kurang jelas.

"Setiap kali saya nyanyikan lagu itu bersama Melly, memang kami meminta key diturunkan. Jadi pada malam tersebut saya terpaksa mengikut key yang telah ditukar itu sehingga kedengaran vokal saya seolah-olah cuba menenggelamkan kemampuan vokal Liza.

"Mungkin itu yang buat penonton tidak puas," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dianggap menang mudah di GV11, Liza Aziz dedah ‘struggle’ sepanjang bertanding 

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Aziz tepati ramalan juara GV11, terima hadiah wang tunai RM100,000

Krisdayanti mengulas perkara itu ketika sidang media Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. 

Sebelum ini, ada segelintir peminat menyuarakan rasa kurang puas hati dengan persembahan duet itu sedangkan Krisdayanti hanyalah penyanyi jemputan. 

Dalam pada itu, Krisdayanti berharap tidak timbul salah faham yang boleh mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat. 

Mungkin itu yang buat penonton tidak puas

KRISDAYANTI

PENYANYI

"Janganlah marah saya… perkara yang berlaku pun disebabkan salah faham. Tiada niat apa pun. Saya sayang semua," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang penganjuran konsert kali ini, Krisdayanti meluahkan rasa teruja apabila kembali menghiburkan peminat Malaysia selepas kali terakhir kira-kira lapan tahun lalu. 

Menjanjikan persembahan terbaik, dia akan membawakan 30 buah lagu dalam konsert yang akan berlangsung pada 22 Jun di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KD_3

Krisdayanti kembali menghiburkan peminat Malaysia. 

"Saya akan membawa penonton mendengar dan kembali mengingati  lagu-lagu yang penuh nostalgia cinta diiringi pemuzik di bawah pengarah Erwin Gutawa.

"Saya akui bertuah kerana terus disayangi dan diterima baik dan saya berharap terus mendapat sokongan anda semua hadir pada malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti nanti," luahnya. 

Tiket akan mula dijual pada 23 Februari di laman web ubertickets.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain