suria

Melampau guna AI sebar berita ditangkap polis, Jaclyn Victor hilang sabar bakal ambil tindakan

Jaclyn berang berita palsu mengenainya tersebar.

PENYANYI Jaclyn Victor meluahkan rasa bengang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengaitkan dirinya terlibat kes jenayah di media sosial. 

Tampil bersuara mengenai perkara itu, Jaclyn, 47, berkata dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan dan mengambil tindakan terhadap akaun yang mencipta berita palsu berkenaan.

"Saya akan ke balai polis kerana perkara ini sudah tidak terkawal dan membuatkan saya sangat marah. Kenapa saya perlu berbogel?" katanya.

Untitled_design_(6)

Perkongsian Jaclyn mengenai berita palsunya. 

Jaclyn berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa. 

Luahan tersebut dibuat selepas ada pihak yang menyunting menggunakan wajahnya untuk satu berita palsu yang disebarkan di laman Facebook.

Dalam tangkap layar yang dikongsi, kelihatan seorang wanita dengan keadaan berbogel dan tangannya digari oleh pihak polis. 

Namun wajah wanita berkenaan disunting menggunakan muka Jaclyn memperlihatkan seolah-olah penyanyi itu terlibat dengan kes jenayah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor dihina kerja di kelab malam, konsert solo pertama hadiah selepas 20 tahun bergelar penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn tahu bekas suami kahwin menerusi IG, sempat datang Malaysia jumpa anak-anak

Bukan hanya suntingan pada gambar, malah nama Jaclyn Victor juga tertera pada keratan berita berkenaan. 

Memandang perkara itu, Jaclyn memberitahu tindakan undang-undang wajar dilakukan sebagai pengajaran terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu. 

"Cukup-cukuplah! Orang seperti ini benar-benar aneh. Kalau saya bersuara lebih, nanti saya pula dilihat sebagai orang yang salah," luahnya. 

Hasil carian mStar mendapati bahawa berita tersebut adalah palsu dan laman sesawang juga tidak wujud.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain