suria

[V] Bekas isteri minta pampasan RM300,000 selesai kes pukul, Radhi OAG tolak sebab macam rasuah

PENYANYI Radhi OAG menganggap tawaran menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan ganti rugi yang dibuat bekas isterinya sebagai rasuah.

Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 47, berkata, dia menolak perkara itu kerana ia akan memberi kesan buruk terhadapnya.

"Penyelesaian yang diminta berserta pampasan. Apabila dia dapat pampasan itu, ia akan memberi kesan kepada saya pula.

553 (31)

Radhi tekad mahu membela dirinya.

"Jadi tak mahu guna cara itu dan pilih teruskan sahaja kes berkenaan kerana dapat juga saya bersuara," katanya kepada mStar.

Radhi berkongsi perkara itu ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes pukul terhadap bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu Zahiril di Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya pada Selasa.

Penyanyi itu sebelum itu memaklumkan menolak tawaran selesai di luar mahkamah apabila Shahira meminta wang ganti rugi sebanyak RM300,000.

Dalam pada itu, Radhi mendakwa jika dia menerima penyelesaian luar mahkamah pasti ramai akan percaya dia memang memukul Shahira.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelesaian luar mahkamah gagal, Radhi OAG tak setuju bayar bekas isteri RM300,000

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada perkara halang bekas isteri tarik laporan kes pukul, Radhi OAG sangkal setuju bayar RM300,000

"Kes ini banyak memberi kesan terhadap karier saya. Siapa yang mahu beri tawaran (persembahan) pada orang yang pukul perempuan?

"Ibaratnya orang dah jatuhkan hukuman kepada saya terlebih dahulu. Tapi tak boleh salahkan mereka sebab itu persepsi masing-masing," ujarnya.

Berkongsi mengenai hubungannya dengan Shahira, Radhi memberitahu dia tidak mempunyai sebarang akses untuk berkomunikasi kerana sudah disekat.

Kata Radhi, dia juga tidak berharap hubungan mereka akan kembali pulih sebaliknya demi dua anak-anak mereka.

Berbaik pun dah cukup untuk anak-anak.

RADHI OAG

PENYANYI

"Berbaik dengan dia? Ya. Berbalik kepada dia? Mustahil. Dia pun dah buat saya sampai macam ini. Berbaik pun dah cukup untuk anak-anak," jelasnya.

Sementara itu, peguam mewakili Radhi iaitu Haziq Aizuddin Subhi, 33, percaya Shahira mempunyai motif tersendiri terhadap dakwaan yang dilakukan.

Haziq berkata, pihaknya memilih meneruskan kes tersebut melalui perbicaraan mahkamah memandangkan anak guamnya itu belum terbukti bersalah.

Untuk rekod, Radhi didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isterinya pada 19 April 2022 kira-kira pada jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

2193360

Ayu dan Radhi bercerai pada 2019.

Pada Julai 2023, Shahira mengesahkan dia tidak mahu menarik semula laporan polis berhubung kes berkenaan atas beberapa faktor yang perlu diselesaikan.

Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Radhi kemudian mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Untuk info, Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua oranag anak iaitu Nur Aisyah,8, dan Muhammad,7.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain