suria

Kempen ‘Blockout’ bertukar medan perbalahan, Kaka Azraff minta boikot produk bukan selebriti tempatan

Kaka harap orang ramai tidak menghukum artis yang masih berkerjasama dengan beberapa jenama luar.

SEBAGAI antara selebriti lantang bersuara mengenai isu Palestin, penyanyi Kaka Azraff meluahkan rasa kecewa apabila gerakan Blockout2024 menjadi perbalahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 35, berkata, gerakan tersebut sepatutnya memfokuskan kepada selebriti dan jenama antarabangsa yang terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap kekejaman Zionis dan bukannya artis tempatan.

"Kalau blockout jenama dan selebriti luar negara itu saya setuju kerana mereka secara terang-terangan membantu ekonomi pihak Israel. Lagi pun mereka tidak bagus untuk mentaliti kita sendiri.

Snapinsta.app_414859215_18407285980027033_2398160315436071217_n_1080

Kaka lantang bersuara mengenai isu Palestin.

"Tapi di sini ada yang menggunakan cara-cara kasar sehingga lari dari motif sebenar malah ada juga berbalah sedangkan kita sepatutnya bersatu.

"Kalau kita berpecah belah macam mana nak tolong saudara di sana? Saya rasa kita sepatutnya fokus kepada jenama bukan selebriti," katanya kepada mStar.

Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024 yang diadakan di Glamhall Damansara pada malam Sabtu lalu.

Menurut Kaka, dia juga kini lebih mengutamakan barangan buatan Malaysia sekali gus memboikot jenama-jenama ada kaitan dengan Israel.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff sokong gerakan ‘Blockout2024’, gesa selebriti terus lantang bersuara tentang Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff mahu penjelasan konkrit kontrak ditamatkan, tak terfikir guna saluran undang-undang terhadap Warner Music Malaysia

Kaka bagaimanapun menganggap ia bukan perkara mudah untuk dilakukan memandangkan segelintir barang keperluan anaknya dari negara luar.

"Itu antara cabaran bila berkaitan dengan anak sebab barang mereka ini kebanyakkan yang kita biasa pakai dari luar negara.

"Yang penting bermula dengan diri kita dulu... sebab kita tahu nak mengelak tapi anak-anak kita tidak tahu. Benda ini boleh buat secara berperingkat tidak perlu terus sekali gus," ujarnya.

Sejak saya bersuara memang sudah tiada yang hantar barang berjenama secara percuma kepada saya.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Gila ini juga meluahkan rasa syukur apabila tidak lagi menerima kiriman dari mana-mana barang berjenama.

"Sejak saya bersuara memang sudah tiada yang hantar barang berjenama secara percuma kepada saya. Alhamdulillah.

"Tak payahlah saya rasa bersalah untuk muat naik barang mereka ke apa sebab kalau tak kongsi pemberian mereka rasa bersalah.

"Tapi bila macam ini mereka juga faham, saya pun bersyukur kerana Allah mudahkan jalan," jelasnya.

kaka 1

Kaka minta peminat buat secara berperingkat.

Gerakan Blockout2024 diwujudkan bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Kempen itu disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis dipercayai masih bekerjasama dengan jenama pro Israel.

Susulan itu, ramai selebriti tempatan yang mula bersuara dan mempertahankan diri mereka termasuklah, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Daiyan Trisha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain