suria

[V] SMDX tak kenal… Dolla tidak kecil hati, anggap isu remeh

SUSULAN kontroversi melibatkan anggota SMDX iaitu Elle Thong yang dikecam kerana mengaku tidak mengenali Dolla, kumpulan itu tampil mengulas berhubung isu berkenaan.

Kata salah seorang anggota Dolla iaitu Sabronzo, perkara tersebut hanyalah hal remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

Katanya, Dolla tidak ambil hati dengan kenyataan itu dan berharap peminat berhenti berbalah dan terus memberi sokongan antara satu sama lain.

“Bagi kami ini perkara kecil saja, jadi tak perlu kita besar-besarkan. Bagi saya lebih baik kita move on saja.

dolla1 - 1

Dolla tidak ambil hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Elle.

“Kami tahu iDolla sangat sayang dan protective terhadap kami. Tapi tak perlu bergaduh, kita sokonglah antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui mStar.

Dolla menjawab mengenai perkara itu semasa sidang media Konsert Dolla yang berlangsung di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Sabronzo berkata Dolla menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk mereka terus memperbaiki prestasi mereka.

“Kami pun tak jangkakan semua orang kenal Dolla, kami pun belum capai seluruh rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: "Who's that?"- Ahli kumpulan SMDX mengaku tak kenal Dolla, netizen kecam baru keluar satu lagu dah sombong

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurusan SMDX tampil mohon maaf, padam komen buli dan memalukan

“Tak mengapa kalau tak ada orang yang kenal Dolla, kami akan keluarkan lebih banyak content dan muzik,” ujarnya.

Sementara itu, Tabby pula berkata setiap orang pasti melakukan kesilapan dan itu merupakan sebagai lumrah sebagai anak seni.

Malah, Tabby berharap apa yang berlaku dijadikan iktibar memandangkan perjalanan seni SMDX juga masih panjang.

“Kami sangat menyokong kumpulan wanita baru, jangan risau... kesilapan memang normal terjadi.

Bagi kami ini perkara kecil saja, jadi tak perlu kita besar-besarkan. Bagi saya lebih baik kita move on saja.

SABRONZO

ANGGOTA KUMPULAN DOLLA

“Bagi pihak kami okay saja, lagipun dia masih baru dalam industri, kami pun harap dalam masa depan dia akan ambik pengajaran apa yang terjadi,” jelasnya.

Ditanya adakah mereka bersedia berkolaborasi bersama kumpulan SMDX, Dolla tidak menolak sebarang kemungkinan itu.

“Kalau ada peluang, kami okay saja sekiranya kolaborasi itu pun bagus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dolla bakal muncul dengan sebuah konsert iaitu Dolla Rebirth: The experience yang bakal berlangsung pada 3 Ogos tahun ini.

Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

Kenyataan yang dikeluarkan Elle menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

Konsert ini dijangkakan menjadi medan untuk mereka menyerlahkan segala yang telah dipelajari sejak kemunculan mereka beberapa tahun lalu.

Lebih menarik, konsert ini akan menampilkan kelainan daripada segi koreografi, susunan muzik dan kreativiti persembahan.

Konsert yang dibawakan oleh Hitman Solutions dan Universal Muzik Malaysia dijadualkan berlangsung Zepp Kuala Lumpur.

Orang ramai boleh dapatkan tiket bermula 30 Mei ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain