suria

Bijak adik Meerqeen, dapat 9A SPM... Seronok satu keluarga berkumpul tengok ‘result’

Meerqeen bangga adiknya berjaya capai 9A dalam SPM.

PELAKON Meerqeen meluahkan rasa bangga adik lelakinya iaitu Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Shafeeq yang mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor memperoleh keputusan 9A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam serta Fizik.

Momen gembira itu dikongsikan oleh ibu Meerqeen iaitu Suraidah Yacob menerusi akaun Instagram pada petang Isnin.

size NP 1 (73)

Keluarga Meeqeen meraikan momen bersejarah Shafeeq dapat 9A dalam SPM.

"Momen dari 9As and 1B+. Berdebar ya. Mama (panggilan ibu Meerqeen) dari pukul 4.30 pagi dah bangun. Risau! Alhamdullillah Allah beri ganjaran atas setiap tindakan kita. This is only a result, but the hardwork yang mama really appreciate. Bukan senang untuk sampai ke sini ya Shafeeq.

"SMTJB bukan sekolah yang dia pilih pun. Semua mama yang apply untuk dia masuk sekolah ni. Kenapa? Sebab ni sekolah mama. Sekolah ini bagi impak besar dalam hidup mama. Disebabkan Shafeeq ni anak yang baik dia ikut je walaupun dia sangat kecewa sebab terpaksa korbankan sukan ragbi dia.

"Selepas dua tahun, Shafeeq faham kenapa mama cakap sekolah ni bagi impak besar dalam hidup mama. Hari ni Shafeeq hadiahkan mama ayah keputusan yang sangat cemerlang. Tahniah anak sayang mama. Jadikan kejayaan hari ini untuk langkah yang lebih baik. Semoga hidup anak mama ni sentiasa diberikan kebahagian, rahmat dan dilindungi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM menangis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM, berkat doa solat hajat setiap hari

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Meerqeen sokong Palestin, tak lupa bagi sumbangan... Enggan isu boikot ganggu fokus kerja

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan pembelajaran dan kerjaya dipilih Shafeeq selepas ini dipermudahkan.

Untuk info, seramai 395,870 calon SPM 2023 menerima keputusan masing-masing pada Isnin.

Jumlah tersebut melibatkan kesemua calon yang telah menduduki peperiksaan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain