suria

Kerja cincai, Nora Danish perli kontraktor ubah suai rumah - “Finishing tak berapa nak finish sangat”

Nora tidak berpuas hati dengan kerja akhir kontraktor yang mengubah suai kediamannya.

TINDAKAN pelakon Nora Danish bersuara mengenai sikap seorang kontraktor yang gagal menyiapkan kerja mengubah suai kediamannya sebelum ini menampakkan hasil.

Selepas memberi tempoh seminggu meneruskan kerja yang tergendala, kontraktor berkenaan dipercayai mula menyambung bagi menyelesaikan proses pengubahsuaian kediaman aktres tersebut.

Bagaimanapun, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan sentuhan akhir proses berkenaan.

nora danish 2

Pokok kaktus dipercayai yang menghiasi bahagian luar rumahnya juga rosak.

Menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Ahad, Nora memuat naik foto dan video yang menunjukkan hasil kerja kontraktor itu yang dianggap tidak sempurna.

"Finishing yang tak berapa nak finish sangat," luahnya.

Menerusi video tersebut, Nora menunjukkan dua kotak suis yang dipasang renggang dan jelas kelihatan kesan retak yang mencacatkan pemandangan mata.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 bulan tidur hotel, ubah suai rumah tak siap-siap... Nora Danish bagi tempoh sampai minggu depan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selalu cuai, mujur ada ‘bodyguard’ bantu Nora Danish... Suami pun tak risau keselamatan di luar

Hasil kerja sebegitu tidak sepatutnya berlaku apabila menampakkan lubang yang boleh mengganggu pemandangan atau kemungkinan menyebabkan bahaya.

Sementara itu dalam satu hantaran berbeza, Nora turut dilihat seolah-olah menyindir proses kerja ubah suai berkenaan yang tidak teliti sehingga menyebabkan kerosakan pada tanaman di rumah berkenaan.

Dia memuat naik gambar bahagian pokok kaktus yang terpotong namun tidak dijelaskan punca tanaman itu rosak.

nora danish 3

Nora sebelum ini terpaksa tinggal di hotel selama empat bulan kerana kerja pengubahsuaian tidak siap.

Pada 17 April lalu, Nora secara terbuka mendedahkan penipuan seorang kontraktor yang gagal menyiapkan pengubahsuaian rumah yang sudah bermula sejak Ogos tahun lalu.

Kerja-kerja tersebut sepatutnya siap pada Januari lalu namun ia tidak seperti diharapkan sehingga Nora dan keluarga terpaksa tinggal di hotel selama empat bulan.

Nora memberi tempoh seminggu kepada kontraktor tersebut untuk menyiapkan semua kerja ubah suai atau berdepan tindakan undang-undang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain