suria

4 bulan tidur hotel, ubah suai rumah tak siap-siap… Nora Danish bagi tempoh sampai minggu depan

Nora beri tak teragak-agak buat laporan polis.

SUDAH tidak mampu bersabar, pelakon Nora Danish meluahkan rasa bengang terhadap dua individu yang dianggap sebagai adik apabila mereka tergamak menipu dalam proses pengubahsuaian kediamannya.

Kata Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, proses tersebut sepatutnya selesai pada Januari lalu namun sehingga kini kerja-kerja pengubahsuaian belum selesai.

Disebabkan itu kata Nora, dia dan keluarga terpaksa menginap di hotel selama empat bulan dan kini menumpang rumah ibunya.

“Saya dah bayar sejak Ogos tahun lalu. Duduk hotel sudah lebih empat bulan. Sekarang saya tinggal di rumah ibu sejak tiga bulan lalu.

size NP 1 - 2024-04-18T090846.954

Kenyataan dimuat naik Nora di Instastory miliknya.

“Ini semua salah saya sebab percayakan orang yang sudah dianggap macam ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki.

“Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor penipu dan tak berhati perut,” katanya.

Nora mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Rabu.

Sementara itu, Nora berkata dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya masalah tersebut tidak diselesaikan sehingga hujung minggu hadapan.

“Kontraktor tu memang buat hal. Saya akan buat laporan polis untuk korang berdua sekali kalau rumah saya tak siap dalam minggu depan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selalu cuai, mujur ada ‘bodyguard’ bantu Nora Danish... Suami pun tak risau keselamatan di luar

ARTIKEL BERKAITAN: Berlinang air mata netizen tengok Nora Danish cium dahi anak-anak yatim, murah hati bagi duit raya

“Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90 peratus. Sekarang dah masuk April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polislah jawapannya.

Dalam pada itu, Nora memberitahu sudah banyak peluang diberikan kepada kontraktor berkenaan sehingga kehidupan dia sekeluarga menjadi tak tentu arah.

Malah Nora berharap perkongsiannya itu membuka mata masyarakat untuk sentiasa berhati-hati dalam berkawan dan mempercayai seseorang.

“Kesemua baju dalam bag plastik Ikea. Kena korek tiap kali nak pakai. Nak mula kerja pun susah.

size NP 1 - 2024-04-18T090905.410

Nora dan keluarga terpaksa hidup berpindah randah selama tujuh bulan.

“Anak-anak tidur sana sini. Allahuakhbar. Dah cuba reda, dan bagi peluang banyak kali.

“Harap dengan tindakan ni dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati memilih kawan dan kontraktor,” jelasnya.

Untuk rekod, Nora berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neyqal yang kini berusia 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram pada 2006 dan bercerai pasa 2008.

Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putera Rayqal, 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain