suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banyak lagi isu penting, Amelia Henderson bengang loket rantai dipakainya pula jadi pendebatan netizen

Amelia meminta netizen berhenti fokus terhadap isu rantainya.

PELAKON Amelia Henderson meminta netizen berhenti berbalah dan mempersoalkan mengenai loket rantai dipakainya yang dikatakan menyerupai bentuk salib.

Kata Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, banyak lagi isu penting boleh diperbincangkan dan tidak sepatutnya hal berkaitan aksesori wanita itu menjadi perdebatan netizen.

Untitled design (66)

Amelia membuat perkongsian itu menerusi hantaran di aplikasi X.

"Saya sebenarnya tidak mahu membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah, jangan ganggu saya.

"Saya tak faham, banyak perkara buruk terjadi di dunia kita sekarang sebaliknya orang ramai bising melihat rantai?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson tak mahu content podcast cetus kontroversi, bagi tetamu tapis dulu sebelum siar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecantikan tak kekal lama, rupa paras bukan sebab Aedy Ashraf jatuh cinta dengan Amelia Henderson

Amelia berkata demikian bagi menjawab satu ciapan seorang pengguna di aplikasi X pada petang Rabu.

Pemilik akaun berkenaan hairan apabila Amelia menerima kecaman dan menjelaskan loket rantai dipakai itu bukanlah berbentuk salib, sebaliknya ia merupakan loket ballerina.

Untitled design (67)

Status agama Amelia sehingga kini menjadi tanda tanya netizen.

Pada awal April lalu, pelakon filem Pulau ini memuat naik video menggunakan filter lucu bersama kekasihnya yang juga aktor, Aedy Ashraf di aplikasi TikTok.

Bagaimanapun perkongsiannya itu dibanjiri dengan komen netizen yang mempersoalkan bentuk loket rantai yang dipakai Amelia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain