suria

Terima mesej mencurigakan, suami Mila Jirin nyaris kena ‘scam’

Mila mendedahkan suaminya hampir menjadi mangsa scam.

PENYANYI dan usahawan Mila Jirin mendedahkan suaminya hampir menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), baru-baru ini.

Cerita Mila atau Norsyamilla Jirin, 35, suaminya iaitu Isz Mustapha menerima mesej OTP memaklumkan mengenai permohonan pengeluaran wang daripada akaun KWSP.

"Suami saya hampir kena scam, modus operandi mereka menggunakan nama KWSP.

Untitled design (61)

Mila membuat perkongsian itu di Instagram pada Selasa.

"Dia (suami) terima pesanan SMS dari KWSP yang menyatakan tentang OTP untuk pengeluaran KWSP, ada nombor telefon yang tertera dalam SMS tersebut.

"Suami terus ke laman Facebook KWSP dan perasan nombor dilihat sama," katanya menerusi satu hantaran video di Instagram pada Selasa.

Sementara itu, Mila memberitahu suaminya ada menghubungi nombor telefon tersebut, namun mula berasa curiga selepas menerima beberapa arahan daripada operator panggilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami beri lampu hijau, Mila Jirin bakal rakam lagu ciptaan Amylea

ARTIKEL BERKAITAN: Duit raya untuk staf bukan content, kisah majikan bapa terpahat dalam memori Mila Jirin - “Sedikit kegembiraan seperti saya rasai dulu”

"Menjadi satu kemusykilan bila talian automatik itu berbunyi pelik sebabnya dia suruh tekan nombor satu, kemudian minta tekan nombor empat pula," ujarnya.

Bimbang terperangkap dalam sindiket penipuan berkenaan, Mila berkata suaminya segera menghubungi pihak KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Suami saya rasa sangat was-was, jadi dia terus matikan talian itu dan pergi ke pejabat KWSP untuk penjelasan dan mereka sahkan suami saya memang kena scam," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain