suria

Kasih Leona terkejut ditegur pelat cakap Melayu, anggap pertuturan sudah sempurna

Leona menafikan dakwaan tidak dapat berbahasa Melayu dengan baik.

ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona terkejut apabila menerima kritikan daripada netizen mengenai pertuturannya dalam bahasa Melayu yang dikatakan kedengaran pelat.

Kata Leona, 22, pertuturannya dalam bahasa ibunda itu sudah sempurna dan mengakui hairan apabila ada yang menegur mengenai perkara itu.

"Bila saya muat naik video bertutur bahasa Melayu, ramai pula yang cakap saya pelat, tak fasih.

Video Leona menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Sayang mendapat perhatian ramai.

Video Leona menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Sayang mendapat perhatian ramai.

"Respon yang diterima mengejutkan saya kerana saya rasa pertuturan dalam bahasa Melayu saya sudah sempurna," katanya.

Leona berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Leona memberitahu rakan-rakan rapat juga tidak pernah menegur mengenai perkara itu kerana menyifatkan cara pertuturannya adalah normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur kostum ‘bunny’ Kasih Leona nampak lurah, minta hormat kesengsaraan mangsa perang di Gaza

ARTIKEL BERKAITAN: Cupcake Aisyah tak rampas bekas kekasih Leona, mohon maaf gores perasaan sahabat baik... Perjelas salah faham Ryan pakaikan jam tangan mewah

"Saya dapat banyak komen yang memberitahu saya tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

"Bagi saya, cara saya bertutur bahasa Melayu bunyinya normal sahaja. Kawan-kawan sekeliling saya juga berpendapat cara saya bercakap normal seperti biasa," ujarnya.

Sebelum ini, Leona memuat naik sebuah video menyanyikan lagu raya nyanyian Aisha Retno dan Aziz Harun yang berjudul Ketipak Ketipung Raya.

Apa yang menarik perhatian apabila Leona gagal menyanyikan lagu tersebut dengan lirik yang betul.

Rata-rata netizen berasa kurang senang mendengar nyanyian Leona kerana menganggap gadis itu tidak fasih berbahasa Melayu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain