suria

[V] Setiap tahun raya bersama, Zul Ariffin dah anggap Gayatri macam keluarga sendiri

DESAS-DESUS mengatakan hubungan cinta di antara pelakon Zul Ariffin dan produser filem Gayatri Su-Lin Pillai sudah kembali bertaut akhirnya terjawab.

Menjelaskan status hubungan mereka, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 37, memberitahu dia dan Gayatri hanyalah sekadar kawan serta sudah menganggap wanita itu seperti ahli keluarganya sendiri.

Malah persahabatan akrab yang terjalin itu membuatkan Gayatri selesa menyambut Aidilfitri bersamanya dan ahli keluarga lain.

zul2 - 1

Zul sudah menganggap Gayatri sebagai ahli keluarga sendiri.

"Dia (Gayatri) setiap tahun akan beraya dengan keluarga saya. Saya sudah anggap Gayatri macam keluarga saya.

"Daripada dulu emak saya memang sayang dia macam mana sekali pun, memang sudah anggap macam anak dia sendiri.

“Kalau tengok balik, setiap tahun ada (gambar beraya bersama). Bagi saya, saya tidak kisah pun (beraya bersama bekas kekasih)," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin raya sederhana, lebih selesa sarung jubah... Tahun ini tenang tanpa kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiba masanya bergelar suami, Zul Ariffin beri bayangan naik pelamin hujung tahun

Zul memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana Filem Sheriff di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, tular rakaman video Zul dan Gayatri menyambut hari raya bersama sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Zul memberitahu dia kini sudah mempunyai seorang teman istimewa dan akan berkongsi berita gembira sekiranya ingin mendirikan rumah tangga.

Dia (Gayatri) setiap tahun akan beraya dengan keluarga saya. Saya sudah anggap Gayatri macam keluarga saya.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Dia bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan identiti teman wanitanya itu kerana menganggap media sosial bukanlah tempat sesuai untuk berkongsi hal peribadi.

"Awak tengok sosial media sekarang ini, sebab itu saya tidak selalu memuat naik dekat sosial media sebab ia semakin mengarut.

"Saya cuba sedaya upaya untuk melindungi (dia) apabila manusia atau netizen ini memberi komen seumpama tidak sedar diri yang sehingga menghina orang, merendah-rendahkan orang.

"Jadi saya rasa lebih baik saya senyap,” ujarnya.

zul1 - 1

Zul mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Dalam perkembangan lain, Zul merupakan salah seorang pelakon filem Sheriff yang bakal ditayangkan di pawagam bermula Khamis, 18 April ini.

Sheriff: Narko Integriti merupakan sebuah filem misteri ngeri jenayah aksi Malaysia 2024 arahan Syafiq Yusof.

Selain Zul Ariffin, pelakon yang turut menjayakan filem itu adalah Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain