suria

Sherry Ibrahim kini perancang takaful, seronok cuba kerjaya baharu

Sherry memaklumkan dia masih lagi aktif dalam bidang lakonan.

PELAKON Sherry Ibrahim tidak menyangka menerima respon positif daripada orang ramai selepas memaklumkan dia kini merupakan seorang perancang takaful atau ejen insurans.

Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, berkata dia mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan menceburi bidang kewangan itu.

Kata Sherry, asbab doa daripada keluarga dan sahabat membuatkan dirinya tekad untuk meneruskan kerjaya baharu ini.

Sherry kini merupakan perancang takaful.

Sherry kini merupakan perancang takaful.

"Terima kasih terhadap semua maklum balas yang saya terima melalui DM, pesanan mesej. Saya tak sangka feedback yang diterima sangat positif kerana secara jujurnya saya mengambil masa untuk membuat keputusan ini.

"Mungkin di atas doa dan sokongan ibu bapa dan sahabat-sahabat saya, saya tak sangka," katanya.

Sherry berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah berusaha tapi belum ada jodoh, Sherry Ibrahim fokus jaga ibu bapa - "Hidup solo bukan berdosa"

ARTIKEL BERKAITAN: Pulih daripada gangguan sihir, Sherry Ibrahim kurus bukan kerana sakit... "Berdoa dan terus jaga amalan"

Dalam pada itu, Sherry memberitahu dia tidak akan meninggalkan industri hiburan dan tetap meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Tetapi ini tidak bermakna saya akan memperlahankan kerjaya dalam bidang hiburan. Saya masih lagi menerima tawaran. Ada juga drama yang belum ditayangkan.

"Tolong doakan saya okay. Saya tidak mahu nanti korang (peminat) rindu pula nak tengok saya berlakon. Ada sahaja jangan risau, saya masih lagi aktif," ujarnya.

sherry2 - 1

Sherry teruja menceburi bidang baharu.

Sebelum ini, Sherry memaklumkan dia sudah lulus mengikuti peperiksaan menjadi ejen insurans dan kini merupakan seorang perancang takaful.

Perkongsian yang dibuat itu menerima respon positif daripada pengikut media sosial yang rata-ratanya memberikan sokongan terhadap kerjaya baharunya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain