suria

Netizen tegur kostum ‘bunny’ Kasih Leona nampak lurah, minta hormat kesengsaraan mangsa perang di Gaza

Netizen anggap penampilan Leona sudah keterlaluan.

NAMA anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi sasaran kecaman netizen selepas memuat naik video memperlihatkan dia berpakaian seksi di media sosial miliknya.

Tidak hanya seksi, Leona yang kini berada di England membuatkan ramai terkejut apabila berani berpakaian menjolok mata sehingga menampakkan lurah buah dadanya.

Menerusi hantaran berkenaan, Leona berkongsi video yang pada awalnya memperlihatkan dia mengenakan baju berlengan panjang yang dipadankan bersama seluar pendek.

Leona kemudiannya bertukar memakai gaun tutu berwarna merah jambu dan korset berwarna putih serta dipadankan dengan telinga arnab di kepalanya.

Leonaa

Ramai bertindak mengecam penampilan berani Leona.

Malah Leona dilihat teruja dengan penampilannya itu dipercayai bagi menghadiri sebuah acara kostum.

Netizen turut menyifatkan gaya tersebut seperti watak Regina George menerusi filem Mean Girls yang ditayangkan pada 2004.

"Cuba tengok ekor saya," tulisnya di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona terkilan tak dapat beri pelukan terakhir, tiada lagi peluang buat Pahamin Rajab bangga

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman lega Leona sudah padam video berbikini, harap anak belajar daripada kesilapan

Video berkenaan sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan dan hampi 10,000 tanda suka.

Dia juga berkongsi beberapa foto dirinya mengenakan penampilan tersebut di akuan Instagram miliknya sebagai tanda kenangan.

Bagaimanapun rata-rata pengikutnya tidak senang dengan penampilannya malah menganggap dia sudah keterlaluan kerana tidak menghormati serangan zionis Israel terhadap Palestin ketika ini.

dd

Leona gemar mengenakan fesyen seksi.

Ramai turut menyifatkan Leona semakin berani berpakaian seksi sehingga hilang sifat malu dalam dirinya.

"Awak dah melampau Leona, cuba hormati Palestin yang tengah berperang.

"Rasanya semakin hari dia makin teruk, memalukan ibu bapanya," komen netizen.

Ini bukan kali pertama Leona dikecam hebat netizen malah sebelum ini beberapa kali remaja berkenaan mencetuskan kontroversi dengan penampilan seksi ketika berada di luar negara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain