suria

Azhar Sulaiman lega Leona sudah padam video berbikini, harap anak belajar daripada kesilapan

Azhar menjawab kontroversi Leona memakai bikini.

PELAKON Azhar Sulaiman menjelaskan dia tidak sempat menonton video yang tular mengenai anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona yang hanya berbikini sehingga menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Azhar, 51, berkata, dia bersyukur kerana Leona sudah memadam video tersebut dan sebagai bapa dia berharap anak kesayangannya itu belajar daripada kesilapan dilakukan.

"Saya tak sempat tengok video bikini putih (milik Leona). Tapi saya bersyukur sangat Leona dan padam video itu dan tidak memanjangkan lagi perkara ini.

"Seperti ibu bapa yang lain, kami berharap yang terbaik untuk anak-anak. Saya harap Leona akan belajar perkara ini segera," katanya.

aa

Azhar memberi teguran buat Leona.

Azhar memberi reaksi itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Ahad lalu, Leona sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara memuat naik video mandi sungai bersama rakan-rakannya.

Leona dilihat memakai bikini berwarna putih menampakkan sosok tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kasih Leona dapat perhatian macam 'Superstar', Azhar Sulaiman bimbang nama tenggelam gara-gara kontroversi anak... "Dia pakai sopan tak kata apa pula!"

ARTIKEL BERKAITAN: "Pontianak pun pakai longgar-longgar" - Anak Azhar Sulaiman dikecam gara-gara seksi sakan sambut Halloween

Rata-rata netizen kurang senang melihat pemakaian personaliti media sosial itu walaupun dia berada di luar negara.

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Azhar mengakui dia tidak selesa apabila namanya terpalit kontroversi melibatkan anaknya itu.

"Sebagai bapa, sejujurnya saya tidak selesa kerana pertamanya orang akan kecam saya. Kemudian, pergi mana-mana pun orang akan panggil saya bapa Leona.

"Nama saya pun orang dah tak sebut, jadi lama-lama Azhar Sulaiman sudah dilupakan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain