suria

[V] Farid Kamil dapat kelonggaran tambah bilangan hari jumpa anak-anak, mahu bawa Diana sambut Aidiladha di Kedah

PELAKON Farid Kamil meluahkan rasa lega apabila isterinya, Diana Danielle memberi kebenaran sekiranya dia ingin menambah bilangan hari bertemu dua cahaya matanya iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Farid, 42, turut berterima kasih kepada isterinya Diana Danielle kerana memudahkan urusan perjumpaan bersama anak-anak mereka dan berharap pertemuan seterusnya bakal disertai aktres berkenaan.

“Alhamdulillah buat masa sekarang, perjumpaan saya dengan anak-anak begitu mudah sekali. Malah Diana juga tidak menghalang sekiranya saya ingin menambah hari bertemu anak-anak.

WhatsApp Image 2023-05-30 at 9.36.11 AM

Farid mahu bawa anak-anak pulang ke kampung.

"Tapi perlulah mengikut prosedur dengan menghantar surat lebih awal lima hari kepada peguam isteri seperti ditetapkan mahkamah.

"Saya harap perjumpaan dengan anak pada masa akan datang turut disertai bersama ibu (Diana) mereka. Itu harapan saya," katanya kepada pemberita.

Farid ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ditemani peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan semula kes hadanah (hak penjagaan) dua anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nak jumpa anak? Boleh! Dengan syarat Farid Kamil kena tulis surat kepada Diana 5 hari sebelum sesi pertemuan

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak bersua muka, cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat

Pelakon filem Remp-It itu turut berkongsi kali terakhir berjumpa dengan dua cahaya matanya itu pada 21 Mei lalu.

Dalam pada itu, Farid turut meluahkan hasrat membawa Diana dan anak-anak pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini di Alor Setar, Kedah.

Kata Farid, sudah menjadi tradisi keluarga untuk pulang ke kampung setiap kali menyambut hari perayaan berkenaan.

Saya harap perjumpaan dengan anak pada masa akan datang turut disertai bersama ibu (Diana) mereka. Itu harapan saya

FARID KAMIL

PELAKON

“Harapan saya ingin membawa isteri dan anak-anak untuk pulang beraya ke kampung.

“Memang saya ada merancang untuk beraya di kampung seperti biasa jadi, saya akan berusaha membawa anak-anak balik raya haji kelak," ujarnya.

Sementara itu, usaha pihak media mendapatkan komen daripada Diana gagal apabila pelakon filem Imaginur itu enggan mengulas sebaliknya terus beredar menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV).

Farid Diana kahwin

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana masih berlarutan.

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan sebutan semula kes pada 8 Ogos depan bagi keputusan inter-parte pasangan berkenaan berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, Farid dan Diana akan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari pada petang Selasa bagi prosiding keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain