suria

Duit raya untuk staf bukan content, kisah majikan bapa terpahat dalam memori Mila Jirin - “Sedikit kegembiraan seperti saya rasai dulu”

Mila sebak mengimbau kesusahan hidup sewaktu kecil.

TINDAKAN penyanyi dan usahawan Mila Jirin memberikan duit raya kepada pekerjanya dipandang serong segelintir pihak yang mendakwa ia hanya sekadar content bagi meraih perhatian.

Mila atau Norsyarmilla Jirin, 35, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat begitu sebaliknya hanya mahu memberi sedikit kegembiraan kepada para pekerja bersempena kedatangan Aidilfitri.

Dalam nada sebak, Mila turut mengimbau pengalaman keluarganya sendiri apabila bapanya tidak mampu membelikan dia dan adik-beradik lain baju baharu untuk menyambut hari raya.

Bagaimanapun kebaikan ditunjukkan oleh majikan bapanya yang memberikan sejumlah wang membolehkan mereka sekeluarga membeli pakaian baharu.

Untitled design (45)

Mila membuat perkongsian video bagi menjelaskan perkara itu di Instagram.

"Saya pernah terdengar perbualan ibu bapa saya yang risau bagaimana mahu menyambut hari raya kerana gaji masih belum masuk.

"Sebagai kakak sulung dan memahami kepayahan ibu bapa, saya selalu tolak pemberian ayah sebab tahu dia tidak mempunyai wang.

"Tapi saya tersentak apabila ayah beritahu dia dapat duit raya daripada majikannya. Jadi dia mahu beli baju raya untuk kami semua," katanya.

Mila berkongsi mengenai kisah itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis pun buat kesilapan, Mila Jirin tak setuju ‘blacklist’ hukuman terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan semula Mila Jirin penuh makna, Nonny Nadirah muncul dalam muzik video Sandera

Dalam pada itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini dia memberikan duit raya kepada pekerjanya kerana terinspirasi dengan kisah bapanya.

Selain itu, dia mahu memberikan sedikit kebahagiaan bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi seorang majikan, saya tekad untuk menjadi seperti bos bapa saya.

"Saya ingin hadirkan sedikit kegembiraan untuk sebuah keluarga seperti perasaan bahagia yang pernah saya rasai dulu," jelasnya.

Untitled design (47)

Mila mengumumkan pemberian duit raya bernilai RM150,000 kepada pekerjanya.

Mila turut menasihati netizen untuk bersikap positif dan jangan cepat menilai apabila melihat sesebuah konten di media sosial.

"kalau kita melihat konten secara positif, konten itu akan memebri manfaat buat kita.

"Tapi jika kita lihat konten itu sebagai satu yang negatif, kita juga bercakap dan berfikir negatif hatta duit raya pun kita boleh bertekak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain