suria

Kuala Lumpur kampung Alif Satar, ambil peluang bawa anak-anak ‘jelajah’ di ibu kota

Jalan tidak sesak buat Alif selesa bawa anak berjalan di Kuala Lumpur.

JARANG berpeluang bersiar-siar di Kuala Lumpur pada hari biasa, penyanyi dan pelakon Alif Satar mengambil kesempatan kedatangan Aidilfitri membawa anak-anaknya menjelajah ibu kota.

Alif, 33, berkata, dia bersama keluarga akan mencuba pelbagai perkara baharu memandangkan ramai pulang ke kampung halaman dan ibu kota tidak sesak.

"Biasanya saya akan buat aktiviti ziarah tapi saya juga ambil peluang ini untuk bersiar-siar bersama isteri dan anak-anak di Kuala Lumpur.

"Masa raya tak ramai orang, jadi bila petang dapatlah bawa mereka ke tempat yang jarang saya bawa sebelum ini.

alifff2

Alif dan anak-anak hanya ambil angin di rumah pada kebiasannya.

"Jadi bila hari raya kami selalu cuba benda baru setiap kali tiba Syawal," katanya kepada mStar.

Kata Alif, pada hari biasa dia hanya mampu mengambil angin di kawasan sekitar rumah kerana keadaan terlalu sesak.

Walaupun hanya aktiviti biasa namun ia sesuatu yang baharu buat anaknya yang jarang bersiar-siar di Kuala Lumpur.

"Hari biasa sesak nak bawa mereka sebab ramai sangat orang ditempat awam. Selalunya mereka hanya berjalan-jalan di sekitar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Alif Satar di UK April ini, ambil peluang teruskan fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap netizen bergurau, Alif Satar tak melatah namanya disebut dengan isu kontroversi

"Ia aktiviti biasa sahaja tapi saya jarang dapat buat bersama anak-anak pada hari biasa," katanya lagi.

Menurut Alif, suasana hari raya tahun ini juga berbeza apabila dia kehilangan datuk tersayang iaitu Chee Mamat Chee Noo pada Februari lalu.

Namun dia bersama adik-beradik yang lain tetap akan menziarahi ahli keluarga terdekat.

"Macam biasa saya juga akan buat aktiviti ziarah sebab adik-beradik saya pun semua ada di sini.

370482592_18384231082041176_8365733950013838391_n

Alif bawa anak berjalan sebelum ke London.

"Cuma beza kali ini suasana raya tahun ini agar berbeza sebab kami baru kehilangan Pak Wan yang cukup kami sayang dan hormati," ujarnya.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia mengambil kesempatan membawa anak-anaknya bersiar kerana dia bakal berangkat ke United Kingdom pada hari raya ketujuh untuk mengadakan konsert di sana.

"Tapi seronok juga tahun ini saya dan The Locos akan ke London. Saya akan bertolak raya ketujuh dan pulang dua minggu selepas itu.

"Teruja sebab dapat peluang beraya di sana sekali sebab ada aktiviti yang kami akan lakukan bersama pelajar di sana. Mana tahu dapat ubat rindu mereka pulang ke kampung halaman," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain