suria

Kenangan buat anak-anak, Adira dan Datuk sambut 1 Syawal bersama

Adira dan Datuk Red kongsi moment raya bersama.

KEMELUT rumah tangga yang berlaku tidak menghalang penyanyi Adira Suhaimi beraya bersama suami iaitu usahawan Datuk Seri Adnan Abu pada 1 Syawal.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memaparkan dia bersama suami dan anak-anak sedondon mengenakan baju berona hitam.

"Simpan sini untuk kenangan, untuk anak-anak tengok nanti," katanya di ruangan kapsyen.

Adira 123

Adira dan Datuk Red terlihat gembira beraya bersama anak-anak.

Malah video pendek itu juga berlatar belakangkan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti nyanyian Anneth menyentuh hati pengikut Adira.

Dalam kesempatan itu juga, Adira turut meminta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan kepada mereka yang mengenali dia.

"Salam kosong-kosong buat kenalan, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya Ami (panggilan Adira) ada buat salah atau menyinggung hati siapa-siapa," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat keluarga berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red masih sayang Adira, tetap mahu pertahankan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Adira mahu berpisah cara baik, elak tunjuk emosi menangis depan anak-anak

Mereka juga mendoakan agar hubungan pasangan tersebut terpelihara dan tidak terpisah.

"Bila tengok macam ini janganlah berpisah, tumpang bahagia tengok Datuk dan keluarga.

"Ya Allah perlihara hubungan mereka, nampak masing-masing masih sayang," antara komen netizen.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian terhadap Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red atas alasan tiada lagi persefahaman.

Snapinsta.app_342376847_177498515221769_9136869304976784468_n_1080

Adira dan anak-anak beraya di Sarawak.

Manakala isteri pertama Adnan iaitu Datin Seri Syarifah Norshafila Hassim pula memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan dan Syarifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain