suria

Konsert Alif Satar di UK April ini, ambil peluang teruskan fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’

Alif Satar mahu meneruskan fenomena Geng Subuh Macam Jumaat di United Kingdom.

PENYANYI Alif Satar bakal meneruskan fenomena Geng Subuh Macam Jumaat di beberapa lokasi di United Kingdom (UK) pada pertengahan April ini.

Kata Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 34, dia yakin dapat menarik minat komuniti Islam di sana mengimarahkan masjid untuk solat Subuh seperti mana dilakukan di Malaysia.

"Saya sangat teruja untuk ke UK kerana saya ada rancang untuk bawa Geng Subuh Macam Jumaat bersama komuniti Islam di sana.

Untitled design - 2024-03-29T114513.250

ASTL bakal mengadakan konsert jelajah di United Kingdom pada 17 April nanti.

"Kalau di Malaysia kita boleh tarik ribuan orang datang ke masjid, saya nak buat perkara sama juga di sana," katanya kepada mStar.

Alif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa GB Gold Malaysia yang berlangsung di Cheras pada Khamis.

Dalam pada itu, Alif memberitahu kunjungan ke UK juga bersempena dengan konsert jelajah Alif Satar dan The Locos (ASTL) yang bakal diadakan bermula 20 April 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar & The Locos tampil konsert simfoni, rai ulang tahun ke-25 Dewan Filharmonik Petronas

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap netizen bergurau, Alif Satar tak melatah namanya disebut dengan isu kontroversi

Kata Alif, dia bakal kembali mengadakan persembahan di Sheffield iaitu lokasi sama dia membuat persembahan pada 2019.

Kali ini, Alif dan The Locos juga akan menghiburkan penonton di London.

Saya nak buat perkara sama di United Kingdom.

ALIF SATAR

PENYANYI/PENGACARA

"Kami buat di dua lokasi, satu di Sheffield seperti sebelum ini. Tapi bagi mereka yang terlepas boleh jumpa kami di London.

"Lagu-lagu yang kami nayanyikan agak lain dari konsert pada 2019 termasuk tambahan lagu baru kami, beberapa lagu hits dan sebuah lagu nasyid," ujarnya.

Sementara itu, Alif mengakui dia terpaksa mengorbankan waktu raya bersama keluarga kerana memberi fokus terhadap persiapan konsert jelajah itu.

Untitled design - 2024-03-29T114329.102

Alif ketika ditemui di Majlsi Berbuka Puasa GB Gold Malaysia pada Khamis.

"Mungkin kami hanya dapat raya sehingga raya ketiga sahaja. Hari raya keempat baru kami akan mula fokus kepada latihan dan persedian ke sana," katanya yang bakal terbang ke UK pada 17 April 2024.

Dalam perkembangan lain, Alif diumumkan sebagai duta GB Gold Malaysia yang baharu dan melancarkan rekaan Alif gold bar dan Alif Dinar berbentuk huruf Alif pertama di Malaysia.

GB Gold turut mengumumkan yang mereka menjadi penaja utama jelajah konsert ASTL di United Kingdom pada April nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain