suria

“Saya tak halal dunia akhirat” - Selamba suruh tonton ‘Khunsa’ secara haram, Shahrulezad anggap hasil drama berkualiti sia-sia

Shahrulezah kecewa drama Khunsa ditonton secara haram.

PENGARAH Shahrulezad Mohameddin tidak menghalalkan mana-mana pihak mencuri dan menyebarkan drama terbaharunya Khunsa di mana-mana platform tanpa kebenaran.

Shahrulezad berkata, memiliki dan mengedar harta inteleknya tanpa izin bukan sahaja salah tetapi haram.

"Bila baca komen netizen tanpa bersalah dan bangga mencadangkan orang lain mencuri tonton hasil keringat kami cukup membuatkan hati kami terusik.

Untitled design - 2024-03-29T125654.793

Shahrulezad membuat perkongsian di Instagram.

"Saya tak halalkan dunia dan akhirat bagi sesiapa yang tiada rasa bersalah mencuri hasil keringat kami tanpa izin.

"Haram tu bukan saja pada arak dan babi saja tetapi memiliki, menonton atau mengedar harta intelek orang lain tanpa izin juga haram dan berdosa," katanya.

Shahrulezad membuat perkongsian tersebut menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Khunsa’ dituduh normalisasi budaya LGBT, Shahrulezad minta netizen hujah secara sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Drama 'Cina Buta' tangguh lagi siaran... Pengarah Shahrulezad lebih risau keadaan kesihatan Nad Zainal yang sedang kritikal

Pengarah itu memuat naik tangkap layar komen netizen di TikTok yang mencadangkan beberapa platform haram untuk menonton drama arahannya yang sedang tular di media sosial.

Shahrulezad menyifatkan usahanya dan kru produksi berhempas pulas menyiapkan projek tersebut seperti sia-sia apabila drama tersebut ditonton melalui platform haram.

"Kalian mahu yang terbaik, maka kami cuba hasilkan terbaik juga...Jadi wajarkan usaha keringat kami dibalas begini?

khunsa2 - 1

Drama ini menarik minat penonton kerana lakonan mantap barisan pelakon.

"Kalau mahu saya dan pasukan teruskan yang terbaik untuk kalian, tolong jangan memuji kami tapi dalam masa yang sama kalian menikam kami dari belakang seperti ini," jelasnya.

Khunsa mengisahkan tentang kelahiran seorang bayi di sebuah kampung yang diberi nama Chen Khun kerana dilahirkan dengan dua alat kelamin.

Drama 28 episod ini sedang bersiaran di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain