suria

‘Khunsa’ dituduh normalisasi budaya LGBT, Shahrulezad minta netizen hujah secara sihat

Shahrulezad menyelar kritikan netizen yang tidak membina.

PENGARAH Shahrulezad Mohameddin tidak berdiam diri apabila didakwa cuba menormalisasikan budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) menerusi drama terbaharunya Khunsa.

Shahrulezad menjelaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan sebaliknya meminta masyarakat terus berdoa kerana ujian setiap manusia berbeza-beza.

"Cubaan menormalisasikan golongan ini yang awak takutkan sangat sebenarnya? Takut bala Allah turun pada semua sekali? Betul tak?

"Insya-Allah tidak, insya-Allah, Allah tidak akan berbuat demikian. Asalkan kita doakan yang baik-baik sahaja.

Shahrulezad terbuka menerima pandangan berbeza netizen.

Shahrulezad terbuka menerima pandangan berbeza netizen tetapi biarlah secara sihat.

"Asalkan kita sampaikan hukum Allah dengan penuh hikmah. Ujian setiap manusia berbeza-beza dan semakin mencabar," katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Pengarah itu terpanggil untuk membalas komen netizen yang secara sarkastik mendakwa dia seperti mahu menormalisasikan golongan LGBT.

Dakwanya, pendedahan mengenai golongan itu secara tidak langsung membuatkan ibu bapa lebih terbuka menerima jika anak-anak mereka mempunyai naluri songsang.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama 'Cina Buta' tangguh lagi siaran... Pengarah Shahrulezad lebih risau keadaan kesihatan Nad Zainal yang sedang kritikal

ARTIKEL BERKAITAN: Kos MV RM400,000 dah boleh siapkan pusat tahfiz! Shahrulezad tegur niat Vida guna agama raih 'view'

"Masa saya belajar dulu, ramai golongan ini di universiti. Mungkin dengan usaha tuan (Shahrulezad), kita akan mula dapati spesis mereka di sekolah-sekolah pula," tulisnya.

Dalam pada itu, Sharulezad memberitahu dia tidak kisah jika netizen mempunyai pendapat berbeza namun menegaskan setiap kritikan diterima perlu dengan hujah yang benar.

Malah pengarah ini meminta netien menyekat dia di laman sosial jika ada yang tidak boleh menerima pendapatnya.

"Tidak mengapa kalau berbeza pendapat. Tetapi tolonglah berhujah dengan cara yang sihat dan baik.

"Lepas ini saya tidak akan memberikan komen dengan cara seperti dia (netizen) tinggalkan komen.

"Saya akan block sahaja jadi berhati-hati kalau mahu meninggalkan komen walaupun anda tidak setuju dengan pendapat saya," ujarnya.

Lakonan mantap Sherry (tengah) dan Azhan (kanan) menarik perhatian penonton.

Lakonan mantap Sherry (tengah) dan Azhan (kanan) menarik perhatian penonton.

Khunsa mengisahkan tentang kelahiran seorang bayi di sebuah kampung yang diberi nama sebagai Che Khun yang dilahirkan dengan dua alat kelamin.

Bagaimanapun bapanya Wan Jusoh tidak dapat menerima dan membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki walaupun nalurinya sebagai seorang perempuan.

Drama ini diterajui barisan pelakon popular seperti Azhan Ranni, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Laila Nasir dan Zarina Zainoordin.

Drama 28 episod ini sedang bersiaran di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain