suria

Tuduh masuk kelab selepas hijrah, pengguna X mohon maaf kepada Izara Aishah

Izara tidak berdiam diri atas dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

KEHADIRAN pelakon Izara Aishah ke sebuah restoran Jepun menimbulkan salah faham apabila ada yang mendakwa aktres berkenaan berkunjung ke kelab malam biarpun sudah berhijab.

Izara atau Izara Aishah Hisham, 32, berkata dia perlu menjelaskan cerita sebenar kerana fitnah yang disebarkan boleh merosakkan reputasinya.

"Saya perlu menjelaskan perkara ini kerana fitnah tersebut boleh mencemarkan nama baik saya," katanya.

izara2 - 1

Izara tampil bersuara menceritakan hal yang sebenar.

Izara berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya.

Pelakon filem Pilot Cafe itu menjawab dakwaan dimuat naik seorang pengguna aplikasi X dikenali sebagai @pkckAm yang cuba memberi gambaran tidak baik selepas seorang pengguna lain memuji kecantikan dan penghijrahan Izara.

"Tapi... Izara... Kyo... Cerita tahun lepas la tapi," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah 'belanja' wajah anak kedua selepas 3 bulan bersalin, peminat tak sabar tunggu umum nama pula

ARTIKEL BERKAITAN: "Macam mana nak jawab fitnah di akhirat?" - Izara Aishah tegur netizen sibuk laga-lagakan Fazura dan Neelofa

Kyo KL adalah sebuah kelab malam yang terletak di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Meski pun ciapan dimuat naik itu telah dipadam, Izara memberitahu dia sempat membuat tangkap layar tentang dakwaan dilemparkan terhadapnya.

Izara menjelaskan foto dimuat naik adalah ketika dia sedang hamil lapan bulan dan menghadiri pelancaran sebuah restoran Jepun iaitu Kikyo.

"Gambar ini adalah pada tahun lepas ketika pelancaran restoran Kikyo, saya sedang hamil lapan bulan.

"Dakwaan ini adalah fitnah dan saya sudah screenshot, tak perlu padam," ujarnya.

Bagaimanapun, lelaki yang menyebarkan fitnah itu tampil memohon maaf secara terbuka atas ketelanjuran kata-kata yang dibuat.

Katanya, dia mengakui kesilapan tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum memuat naik ciapan tersebut secara umum.

Individu tersebut memuat naik permohonan maaf atas fitnah yang dibuat.

Individu tersebut memuat naik permohonan maaf atas fitnah yang dibuat.

"Hi Izara, saya ingin memohon maaf secara terbuka mengenai tweet sebelum ini yang dibuat pada 19 Mac 2024.

"Saya tidak pernah berniat untuk memfitnah atau merosakkan reputasi anda dalam apa cara sekali pun.

"Kenyataan itu dibuat tanpa saya sedar sepenuhnya tentang majlis pelancaran tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain