suria

Nomad lebih matang selepas kahwin, mahu sediakan kediaman sempurna sebelum miliki anak

Nomad dan isteri ada prinsip tersendiri dalam rumah tangga.

HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nomad memberitahu kehidupannya kini lebih teratur selepas bergelar suami kepada Farah Wahidah Hassan.

Malah kata Nomad atau Nur Muhammad Alieff Ayub, 36, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga turut menjadikan dirinya lebih matang.

"Sebelum ini kerja hanya untuk diri sendiri sahaja, tetapi sekarang apa sahaja dilakukan untuk isteri dan keluarga kedua-dua belah pihak. Saya jadi lebih matang selepas berkahwin dari segi pemikiran dan cara hidup.

"Dari segi kehidupan harian lebih teratur. Isteri yang banyak beri nasihat dalam pemakaian, jadi nampak lebih kemas.

nomad 2

Nomad bersyukur mendapat isteri yang memahami kerjaya.

"Dalam bab makan pula kami tidak terlalu memilih. Malah lebih suka memasak di rumah sahaja. Ada ketika sampai berebut siapa nak masak," katanya kepada mStar.

Nomad ditemui ketika majlis berbuka pasa Raikan Ramadan bersama Indigital Music dan FYP Media yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam Nomad dah kahwin, rasa janggal pegang status suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mengejar Cinta’ uji kemampuan Nomad sebagai penyanyi, ambil masa fahami lagu ciptaan sendiri

Tambah Nomad, isterinya itu juga amat memahami cara kerja selain minatnya sendiri.

Saling percaya dan memahami menjadi prinsip utama mereka berdua dalam menjalani kehidupan rumah tangga supaya tidak timbul sebarang perselisihan.

"Sejak awal kahwin saya dah minta kepada dia tentang tiga perkara, jangan kata tidak untuk keluarga saya, kerjaya dan juga badminton. Dia amat memahami dan sentiasa memberi sokongan. Dia juga mintat tersendiri yang saya tidak pernah halang.

Dari segi kehidupan harian lebih teratur. Isteri yang banyak beri nasihat dalam pemakaian, jadi nampak lebih kemas

NOMAD

PENYANYI

"Kelompok rakan-rakan kami kecil sahaja. Jadi selagi hormat dan percaya antara satu sama ia tidak akan menimbulkan salah faham," ujarnya.

Pasangan ini juga tidak terburu-buru untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat dan mahu memperkukuhkan kehidupan sebelum berfikir ke arah itu.

"Kami tidak merancang dan berserah kepada rezeki. Namun sebelum memiliki cahaya mata, saya mahu sediakan kediaman sempurna untuk anak kami dahulu.

nomad 3

Isteri banyak menasihati Nomad dalam berpakaian.

"Kalau boleh saya mahu segalanya yang terbaik buat anak," jelasnya.

Untuk rekod, Nomad dan Farah mendirikan rumah tangga pada 13 Mei tahun lalu dan majlis berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Dalam perkembangan lain, Nomad tampil dengan lagu baharu berjudul Mengejar Cinta yang mula dilancarkan pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain