suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalam diam Nomad dah kahwin, rasa janggal pegang status suami orang

Nomad kini sah bergelar suami kepada Farah.

DALAM diam penyanyi Nomad sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Farah Wahidah Hassan, 40, pada Sabtu.

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini berlangsung di Alor Setar, Kedah dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat kedua-dua belah pihak.

Berkongsi perasaannya selepas disatukan, Nomad atau Nur Muhammmad Alieff Ayub, 35, berkata dia sedikit janggal apabila kini sudah bertukar status sebagai suami orang.

nomad 1

Majlis perkahwinan Nomad dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Semua yang telah dirancangkan saat akhir dipermudahkan.

“Sekarang ini ada rasa sedikit janggal apabila sudah menjadi suami orang,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafeez Mikail sah bergelar suami Noor Azira dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan berkenalan, Badrul Muhayat akhirnya disatukan dengan graduan England... Tarikh nikah sempena ulang tahun kelahiran

Pasangan ini sebelum itu mengadakan majlis pertunangan sehari sebelum diijab kabul.

Sementara itu, Nomad memberitahu dia jarang berkongsi mengenai kisah percintaan mereka kerana menganggap ia adalah hal peribadi dan enggan bercerita lanjut selagi belum ada ikatan yang sah.

nomad 2

Nomad akui sebelum ini tidak selesa berkongsi kisah percintaan.

“Saya rasa kalau perkara yang belum pasti terutama dari segi percintaan saya tidak akan kongsikan.

“Apabila dah sah ini barulah saya akan cerita. Ada perkara yang patut dan tidak untuk dikongsikan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain