suria

Popular kerana video usik nenek, akhirnya TikToker Adam Shamil cuba nasib jadi penyanyi

Adam Shamil mempertaruhkan single Bantu

BAGI pengguna laman sosial seperti YouTube dan Tik Tok pasti mengenali pempengaruh berasal dari Sabah iaitu Adam Shamil yang banyak menghasilkan kandungan menghiburkan bersama neneknya.

Adam, 28, yang mula menceburkan diri sebagai pencipta kandungan sejak 2016 turut mempunyai ratusan ribu pengikut di kedua-dua platform itu yang mengikuti perkembangannya.

Sehubungan itu, Adam berkata, dia menggunakan kelebihan itu sebagai batu loncatan untuk lebih dikenali sebagai penyanyi dan mempertaruhkan single terbaharu berjudul Bantu.

"Saya mula aktif membuat kandungan di media sosial sejak enam tahun lalu dan sepanjang tempoh itu saya berjaya mengumpul pengikut dan menggunakan kelebihan itu sebagai batu loncatan untuk mengetengahkan bakat lain kepada masyarakat.

Adam berama ibu dan neneknya.

"Jujurnya saya tidak mahu dilihat sebagai seorang penyanyi sahaja tetapi dikenali sebagai seorang anak seni yang mampu mengangkat nama negara dalam pelbagai bidang termasuk pengacaraan, penulis lagu, pelakon dan mungkin pengarah filem suatu hari nanti," katanya.

Adam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya itu yang dihasilkan oleh Shazriq Azeman, Darien dan Omar K.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk DC Willie kena kecam pakai crop top, mengaku suka gaya pelik dan feminin... ibu jadi inspirasi dalam berfesyen

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki kahwin! Syafiq Kyle bakal muncul dalam drama bersiri terbitan United Kingdom

Dalam pada itu, Adam berkata, Bantu adalah sebuah lagu untuk penghargaan buat dua wanita hebat dalam hidupnya iaitu ibu serta neneknya yang telah bersusah payah membesarkannya.

"Lagu Bantu ini adalah lagu yang mempunyai maksud mendalam dan hadiah buat ibu dan nenek saya. Mereka merupakan ibu tunggal yang telah mendidik dan mengubah hidup saya.

"Tema lagi ini adalah menghargai seseorang sebelum kehilangan mereka. Ini lagu pertama saya dan ia merupakan satu penghargaan buat mereka berdua," ujarnya.

Adam Shamil muncul dengan lagu berjudul Bantu.

Adam mahu menjadi artis serba boleh.

Sementara itu, Adam berkata, meskipun lebih dikenali sebagai pempengaruh, dia seboleh-bolehnya enggan menggunakan sebarang kontroversi sebagai jalan pintas untuk dikenali ramai.

"Kalau boleh saya mahu masyarakat nilai bakat saya dan bukannya kontroversi. Ada segelintir pihak memilih perkara itu sebagai jalan mudah tetapi tidak buat saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain