suria

“Walau sudah berniqab masih diterima ramai”... PU Riz bangga Neelofa jadi pilihan jenama antarabangsa, terbaharu hos Airbnb

Neelofa teruja sebagai 'co host' Airbnb.

USAHAWAN dan pelakon Neelofa meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai selebriti pertama yang menjadi pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan itu di negara ini.

Kata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia teruja dengan pelantikan tersebut memandangkan dirinya seorang yang suka bercuti dan mengembara.

Jelas Neelofa, pemilihannya sebagai 'co host' Airbnb itu dimulakan dengan kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb yang bakal berlangsung di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei depan.

325235

Neelofa teruja jadi duta Airbnb.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi 'co host' pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. InsyaAllah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat pula.

"Seperti kita tahu, Airbnb ini ada di seluruh dunia. Jadi, ini peluang terbaik apabila dipilih bekerjasama dengan mereka. Kebetulan saya pun suka 'travel'.

"Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Neelofa dapat hadiah raya sebentuk cincin daripada suami, doa murah rezeki bahagiakan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan isteri urus keluarga ketika hamil buat Haris insaf, Neelofa hargai tugas seorang suri rumah

Sementara itu, suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkata dia bersyukur kerana isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab.

"Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.

Walaupun sudah berniqab, Neelofa tetap jadi pilihan syarikat antarabangsa.

"Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antarabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka. Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antarabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya," ujarnya.

Rumah Terbuka Raya sulung Airbnb di Sekebun Bunga itu boleh memuatkan hingga tujuh orang. Penginapan untuk dua malam itu turut menawarkan harga istimewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain