suria

Pengorbanan isteri urus keluarga ketika hamil buat Haris insaf, Neelofa hargai tugas seorang suri rumah  

Haris kagum dengan pengorbanan Neelofa menguruskan keluarga.

MELIHAT sendiri isteri tercinta menguruskan rumah tangga ketika sedang sarat berbadan dua membuatkan Pencetus Ummah (PU) Haris kagum dan menghargai pengorbanan dibuat Neelofa.

Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, berkata, melihat kepayahan Neelofa membuatkan dia turut terkenang bagaimana ibunya membesarkan dia dan adik-beradik ketika mereka masih kecil.

"Mestilah dalam keadaan begini (hamil) saya lihat banyak cabaran dilalui isteri namun di sebalik itu juga saya nampak satu pengorbanan besar untuk menjaga anak kami. Jadi sebagai seorang lelaki, saya sangat kagum.

"Barulah saya sedar betapa susahnya ibu saya dahulu menjaga kami apatah lagi jarak usia saya dan abang tidak jauh. Betapa beratnya tugas ibu menguruskan keluarga dalam keadaan sedang hamil," katanya kepada mStar.

neelofa 3

Pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 Mac lalu.

Haris berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Haris dan Neelofa yang diadakan di Putrajaya pada malam Sabtu.

Pada majlis berkenaan, mereka juga dikejutkan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 Mac lalu.

Dua tahun menempuh alam perkahwinan, Neelofa pula memberitahu banyak ilmu dipelajari daripada Haris sepanjang bergelar isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kandungan masuk trimester kedua, Neelofa sudah buat persiapan sambut orang baharu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Neelofa hamil lagi? Haris minta peminat doakan

Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia kini lebih faham tentang tanggungjawab dan hak sebagai seorang isteri yang membuatkan dia lebih menghargai tugas sebagai seorang suri rumah.

"Terus terang, saya tak banyak ilmu sebelum berkahwin. Dalam tempoh dua tahun ini, saya belajar dan suami pun banyak memberi ilmu kepada saya.

"Saya jadi lebih tahu tentang hak sebagai isteri. Sebenarnya banyak perkara digariskan dalam Islam tidak kita penuhi. Disebabkan itu mungkin menyebabkan ada segelintir tidak menghormati perkahwinan yang dibina.

"Bagaimanapun kami masih baru dalam alam perkahwinan. Tak layak rasanya untuk terlalu berkongsi. Mana yang sudah berkahwin pasti akan merasainya sendiri," ujarnya.

neelofa 1

Neelofa kini sedang sarat hamil anak kedua.

Bercakap tentang sambutan Ramadan kali ini, Neelofa berkata, dia lebih banyak meluangkan masa di rumah memandangkan kini sedang berbadan dua.

Bagi memastikan dia kekal bertenaga sepanjang Ramadan, Neelofa memberitahu dia turut mengambil suplemen tambahan selain amalan makanan berkhasiat.

"Kalau bersahur saya akan ambil makan yang boleh dikatakan kita semua tidak suka seperti oat atau campuran buah dan sayuran. Itu semua untuk kesihatan. Terpaksalah telan untuk kekal bertenaga.

"Saya juga ‘hantu’ suplemen. Jadi saya akan pastikan mengambil suplemen yang lengkap seperti vitamin, omega dan sebagainya. Bagaimanapun puasa kali ini saya banyak luangkan rasa di rumah sebab dah mula rasa penat,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain