suria

[V] Neelofa hamil lagi? Haris minta peminat doakan

PENCETUS UMMAH (PU) Haris tidak menyangkal dakwaan isterinya, pengacara dan usahawan Neelofa sedang berbadan dua.

Haris atau Muhammad Haris Ismail, 27, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan sebaliknya memohon doa orang ramai.

"Doakan yang terbaik. Rasanya kalau siapa yang biasa dengar jawapan itu akan tahu apa maksud sebenar.

"Bukan tidak mahu sahkan, tapi setiap yang baik itu doakan sahaja," katanya kepada mStar.

553 (3)

Tindakan Neelofa memegang perutnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Pasangan ini ditemui ketika majlis kursus umrah anjuran Omrah Travel yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.

Sejak kebelakangan ini, desas-desus mengatakan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, hamil hangat diperkatakan apabila Neelofa dilihat mengusap perutnya yang semakin membesar ketika majlis hari jadi anaknya, Muhammad Bilal baru-baru ini.

Malah spekulasi itu juga hangat diperkatakan apabila dia dilihat menggunakan kerusi roda yang ditolak suami ketika menghadiri sebuah acara di Brunei sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby bump’ jelas kelihatan, peminat doa Neelofa dapat anak perempuan - “Semua ibu mengandung auto usap perut”

ARTIKEL BERKAITAN: Badan nampak berisi, Neelofa dibanjiri doa khabar angin sedang hamil anak kedua

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia lebih senang mengambil pendekatan berdiam diri dan membiarkan orang ramai membuat andaian.

"Perkara yang tak pasti itu tak perlulah saya hebahkan. Kalau orang bertanya saya okey sahaja. Doakan.

"Kalau betul hamil biarlah orang tahu secara semula jadi. Seperti mana sebelum ini... orang akan tahu suatu hari nanti," jelasnya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain