suria

[V] Kandungan masuk trimester kedua, Neelofa sudah buat persiapan sambut orang baharu

PENGACARA dan usahawan Neelofa akhirnya mengesahkan dia sedang mengandung anak kedua malah kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

Menjawab segala teka-teki selama ini, Neelofa, 34, berkata, ramai sebenarnya sedia maklum akan perkara itu hanya berdasarkan perubahan fizikal pada dirinya.

"Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua dah nampak, kan? Usia kandungan half way to go!

"Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebab ada anak kecil lagi tapi syukur semua doakan saya," katanya kepada mStar.

553

Spekulasi Neelofa hamil anak kedua bertebaran sejak beberapa bulan lalu.

Neelofa mendedahkan perkara itu ketika majlis pelancaran Warisan Naelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, bercakap mengenai keadaannya, Neelofa berkata, kehamilan keduanya itu disifatkan lebih mudah berbanding ketika mengandungkan anak pertama, Muhammad Bilal.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kongsi perkembangan Bilal, peminat ‘geram’ tengok semakin aktif... “Sekejap je dah pandai jalan”

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tak rindu kehidupan glamour, hati kini rasa lapang dan ‘penuh’

Kata Neelofa, dia dan suami iaitu Haris Ismail juga tidak kisah soal jantina anaknya itu dan selain sudah melakukan persiapan bagi menyambut kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, kehamilan kali ini saya tidak mengalami alahan teruk. Ini pun dah anak kedua jadi sudah terbiasa dan tahu untuk mengatur semuanya.

"Persiapan pun semua dah ada dan siap bagi menanti kelahirannya... soal jantina kami tidak kisah," ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain