suria

Dmasiv intai Amy Search dan Bunkface sebagai rakan duet, janji persembahan luar biasa sempena ulang tahun ke-20

D'Masiv bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur.

VOKALIS kumpulan Dmasiv iaitu Rian mengimbau kembali saat mereka terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika mengadakan persembahan di Surabaya pada sekitar Mac tahun lalu.

Rian atau Rian Ekky Pradipta, 37, berkata, semuanya terjadi disebabkan oleh pemandu keletihan kerana terpaksa memandu pada lewat malam selepas habis membuat persembahan.

"Kami diberi ujian apabila kereta yang kami naiki menuju ke Banyuwangi, Jawa Timur dari Surabaya. Jarak perjalanan adalah sekitar lima jam.

"Kami bergerak kira-kira pukul 12 tengah malam dan pemandu mula rasa penat dan mengantuk. Pada waktu itu kami semua tidur dan tidak sedar apa yang berlaku.

dm2 - 1

Rian selaku vokalis berkongsi detik hitam D'Masiv.

"Tiba-tiba kami terdengar suara yang kuat dan sedar cermin kereta sudah pecah," katanya kepada mStar.

Rian berkongsi perkara itu pada sidang media konsert D’Masiv 20AD to The World yang diadakan secara virtual pada Isnin.

Dalam pada itu, Rian juga memberitahu disebabkan kejadian yang berlaku, mereka mengalami trauma dan tidak akan menerima tawaran menyanyi melibatkan lokasi jauh pada waktu malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan di Jakarta buka peluang Nabila Huda bawa D’Masiv ke KL, konsert pertama sempena ulang tahun ke-20

ARTIKEL BERKAITAN: Padah pemandu mengantuk, D’Masiv terlibat kemalangan... Rian tetap naik pentas buat 'show' dengan mata lebam

"Alhamdulillah kami semua selamat walaupun mengalami kecederaan di kepala. Kami bersyukur kami baik-baik sahaja dan masih mampu menghiburkan peminat.

"Selepas daripada insiden itu, kami mengatur perjalanan dengan lebih baik dan jika perlu berjalan jauh, kami harus punya lebih banyak pengawal.

"Malah, kami sudah tidak mahu mengambil persembahan lewat malam sekiranya lokasi terlalu jauh bagi menghindari daripada perkara sama berlaku lagi," ujarnya.

Kami sudah tidak mahu mengambil persembahan lewat malam sekiranya lokasi terlalu jauh bagi menghindari daripada perkara sama berlaku lagi.

RIAN EKKY PRADIPTA

VOKALIS D'MASIV

Dalam perkembangan lain, D’Masiv turut mengumumkan berita gembira bahawa mereka bakal menghiburkan peminat di Malaysia sempena ulang tahun ke-20 dengan penganjuran konsert D’Masiv 20AD to The World yang bakal berlangsung pada 2 Jun depan.

Menurut D’masiv, mereka bakal membawakan sebanyak 23 hingga 25 buah lagu menerusi konsert yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur.

Malah, Rian berkongsi mereka juga kini sedang merancang untuk mengundang beberapa penyanyi tempatan bagi menjadi tetamu undangan pada malam konsert tersebut.

"Buat masa ini kami masih lagi merancang sama ada mahu berkolaborasi bersama penyanyi Malaysia untuk menghiburkan peminat pada malam itu.

dm1 - 1

D'Masiv bakal menghiburkan peminat dengan lebih 20 buah lagu.

"Antara nama-nama yang kami boleh fikirkan sekarang termasuk kumpulan Masdo, Bunkface dan Amy Search," katanya.

Selain Rian, D'Masiv dianggotai oleh Dwiki Aditya Marshall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), rayyi kurniawan Iskandar Dinata (bes) dan Wahyu Piadji (dram).

Antara lagu-lagu hit mereka termasuklah Cinta Ini Membunuhku, Merindukanmu, Jangan Menyerah, Cinta Sampai Di Sini dan Pergilah Kasih.

Peminat boleh mendapatkan tiket pada 17 Mac ini di laman web Startix dengan harga bermula RM198 hingga RM458.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain