suria

Padah pemandu mengantuk, D’Masiv terlibat kemalangan... Rian tetap naik pentas buat ‘show’ dengan mata lebam

Vokalis D'Masiv iaitu Rian lebam di bahagian mata akibat kemalangan.

AKIBAT kecuaian pemandu, tiga anggota kumpulan D’Masiv iaitu Rian, Wahyu dan Rama berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat kemalangan.

Difahamkan mereka dalam perjalanan untuk mengadakan persembahan di Surabaya.

Menurut pengurus persembahan iaitu Aziz seperti yang dipetik Detik Hot insiden pada Sabtu lalu itu cukup mendebarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: d'Masiv Buat Lagu Untuk Mangsa Gunung Merapi

“Rian, Rama dan Wahyu terlibat dalam kemalangan akibat kelalaian pemandu yang mengantuk dan mungkin kerana kurang sihat sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

“Rian lebam di bahagian mata sebelah kiri kerana terhantuk di kerusi hadapan manakala Rama mengalami luka di dagu dan sudah menerima jahitan,” ujarnya.

Sementara itu Wahyu pula dikatakan mengalami sesak nafas dan keadaan kembali baik selepas menerima rawatan.

Bagaimanapun kumpulan yang popular dengan lagu Cinta Ini Membunuhku, tetap tampil membuat persembahan seperti yang telah dijadualkan.

Menurut Rian selaku vokalis, mereka tidak mahu menghampakan peminat yang telah membeli tiket menyaksikan persembahan tersebut.

“Kami tetap membuat persembahan kerana peminat sudah membeli tiket.

“Kami melakukan dengan semampu yang boleh kerana cinta terhadap muzik,” jelasnya di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain