suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

d'Masiv Buat Lagu Untuk Mangsa Gunung Merapi

d'Masiv bakal membuat sebuah lagu memperingati kejadian letusan Merapi
d'Masiv bakal membuat sebuah lagu memperingati kejadian letusan Merapi
d'Masiv bakal membuat sebuah lagu memperingati kejadian letusan Merapi

VOKALIS kumpulan d'Masiv, Rian prihatin dengan bencana yang terjadi akibat letusan gunung Merapi dan Tsunami di Indonesia baru-baru ini.

Oleh itu dia berhasrat untuk mencipta sebuah lagu kepada mangsa yang terkorban.

"Saya tersentuh melihat keadaan mangsa yang melalui bencana itu, jadi saya akan membuat sebuah lagu khas sebagai peringatan kepada masyarakat Indonesia," ujarnya.

"Kini ia masih lagi dalam proses, tunggu sahaja nanti hasilnya," katanya.

Bukan sekadar lagu, kumpulan muzik ini juga juga membantu mangsa bencana tersebut dengan mengumpulkan dana kepada mereka melalui kutipan konsert d'Masiv akan datang.

Menurut Rian lagi, dia juga bimbang ketika dikhabarkan tentang letusan gunung Merapi itu berikutan keluarganya juga berada di Yogjakarta.

"Ketika berita itu, saya terus menghubungi keluarga di kampung. Namun kami bernasib baik kerana lokasi itu jauh dari perkampungan keluarga saya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain