suria

“Selepas bertarung kontraksi siang malam”… Zaki Azeman dah jadi bapa, isteri selamat bersalin anak lelaki

Isteri Zaki selamat melahirkan bayi lelaki.

PELAKON Zaki Azeman kini sudah bergelar seorang bapa selepas isterinya iaitu Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali Raa Suzuran selamat melahirkan anak sulung mereka pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Raa, 24, memaklumkan dia selamat melahirkan bayi lelaki itu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Seri Kembangan, Selangor kira-kira pukul 5.06 pagi.

zaki1 - 1

Zaki menenangkan isteri sewaktu sakit kontraksi.

"Alhamdulillah, setelah bertarung dengan kontraksi dari siang sampai malam, pukul 5.06 pagi bayi selamat dilahirkan secara normal," tulisnya.

Dalam pada itu, adik kepada penyampai radio Jaa Suzuran itu juga memohon maaf kerana dia dan Zaki tidak dapat menjawab panggilan dan mesej daripada kenalan kerana seharian tidak dapat tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Zaki Azeman bakal timang bayi lelaki, Jaa Suzuran pula lompat kegembiraan

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Azeman bakal timang anak sulung Syawal ini, isteri mengidam air 'Milo lori'... "Manalah saya nak cari?"

"Yang mana telefon saya dan Zaki, maaf kami memang 'jetlag' lagi tak tidur dari kelmarin. Nanti kami balas ya," ujarnya.

Sebelum ini, Zaki pernah berkongsi pengalaman isterinya mengalami alahan teruk di awal kehamilan.

Kata Zaki, satu perkara yang tidak boleh dilupakan apabila isterinya mengidam minuman malt jenama Milo walaupun tidak pernah menyukainya sebelum ini.

"Tiga bulan pertama hamil, isteri memang alami alahan teruk sehingga kerap muntah.

"Ada ketika dia merajuk sebab saya tidak dapat membantunya yang muntah di tengah malam disebabkan terlalu lena tidur.

zaki2 - 1

Zaki kini bergelar seorang bapa.

"Dia juga sudah mula suka minum Milo selepas menikmatinya ketika kami di Kundasang, Sabah. Manalah saya nak cari lori Milo?," ceritanya.

Untuk rekod, Zaki berkahwin dengan Raa pada 29 Mei tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain