suria

Ahirine sedih orang cakap buruk gara-gara post gambar dengan Farid Kamil, tuduhan ‘penyondol’ jejas nama baik

Nama Ahirine turut kena tempias.

KETIKA kemelut rumah tangga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi bualan, nama pelakon Ahirine Ahirudin turut terkena tempias apabila dikatakan sebagai orang ketiga.

Menafikan segala tuduhan yang dilemparkan, Ahirine, 27, berkata dakwaan tidak benar yang tersebar itu juga telah mencemarkan nama baiknya sebagai seorang pelakon baharu.

"Saya hanya kongsi gambar berdua untuk mempromosikan filem lakonan kami (bersama Farid). Tetapi orang menilai mengikut kemahuan mereka.

ahirine1 - 1

Ahirine bersikap profesional hanya berhubung soal kerja.

"Memang rasa down apabila ada yang bercakap buruk. Ia menjejaskan imej selain menimbulkan satu persepsi lain terhadap saya.

"Namun saya juga percaya ia memberi satu pendedahan kepada saya. Apa pun saya kena hadap kerana ini asam garam dunia hiburan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahirine Ahirudin nampak lemah lembut tapi suka sukan permotoran, cari pasangan sama minat

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar komedi romantik, 'Gadis Jolobu The Movie' angkat keunikan adat pepatih dan budaya Minangkabau

Pelakon Remp-It 2 ini ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kata Ahirine dia juga terkejut apabila mendapat tahu mengenai keretakan rumah tangga Farid dan Diana dan berharap semuanya dapat diselesaikan secara baik.

Memang rasa down apabila ada yang bercakap buruk. Ia menjejaskan imej selain menimbulkan satu persepsi lain terhadap saya.

AHIRINE AHIRUDDIN

PELAKON

"Saya dan Farid hanyalah kawan. Kami hanya berhubung secara profesional jika ada training Muay Thai atau lumba motor kerana itu minat bersama.

"Saya sendiri terkejut mereka mahu berpisah. Ini satu perkara yang besar dan kesian kepada anak-anak. Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.

Sebelum ini Ahirine menjadi sasaran kecaman netizen apabila dia berkongsi gambar bersama Farid sehingga dia dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga aktor berkenaan.

Sementara itu bercakap tentang pencalonan dalam ABPBH35, Ahirine meluahkan rasa syukur apabila menjadi calon top 20 bagi kategori Aktres Filem Popular.

ahirine2 - 1

Ahirine kesal namanya terpalit dalam kemelut rumah tangga Farid.

"Saya teruja, gementar dan takut. Dalam masa sama rasa cukup bersyukur kerana ini adalah satu pencapaian buat saya.

"Apalagi Remp-It 2 meruapakan filem pertama lakonan saya. Ini semua adalah atas sokongan 2000 orang dalam kelab peminat saya," jelasnya.

Malam kemuncak ABPBH35 akan berlangsung pada 21 Julai ini dengan bertemakan Ekspresi Legasi Seni dan bersiaran secara langsung di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain