suria

Zaki Azeman bakal timang anak sulung Syawal ini, isteri mengidam air ‘Milo lori’… “Manalah saya nak cari?”

Zaki dijangka sambut kelahiran anak pertama pada Syawal nanti.

PELAKON Zaki Azeman berkongsi berita gembira isterinya iaitu Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali Raa Suzuran kini hamil anak pertama dan usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan.

Dijangka menimang cahaya mata itu pada bulan Syawal nanti, Zaki atau Muhammad Zaki Azeman, 29, dan isteri memilih untuk merahsiakan jantina anak mereka dari pengetahuan ramai termasuk ahli keluarga.

"Rasanya ramai sudah tahu isteri hamil meskipun kami tidak pernah beritahu kepada orang ramai sebab perut isteri pun sudah semakin nampak dan kami pernah dilihat membeli kelengkapan bayi. Cuma sebelum ini saya tidak dedahkan sebab biarlah kandungan itu betul-betul kuat dahulu.

zaki azeman 2

Zaki dan isteri teruja mahu sambut kelahiran anak pertama.

"Malah gender pun kami rahsiakan. Sekarang ini yang tahu jantina hanya saya dan isteri sahaja. Kami akan dedahkan dalam satu majlis nanti sebagai kejutan buat semua," katanya kepada mStar.

Bercerita tentang pengalaman awal kehamilan isteri, Zaki mendedahkan Raa mengalami alahan teruk sehingga kerap kali termuntah.

Namun satu perkara yang tidak boleh dilupakan apabila isteri kini mula mengidam minuman malt jenama Milo walaupun tidak pernah menyukainya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Azeman selamat bergelar suami, Jaa Suzuran sedih lepaskan satu-satunya adik perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kahwin dengan adik perempuan seorang, tapi kena ‘pikat’ hati 7 abang... Zaki Azeman dan adik Jaa Suzuran selamat bertunang

"Tiga bulan pertama hamil, isteri memang alami alahan teruk sehingga kerap muntah. Ada ketika dia merajuk sebab saya tidak dapat membantunya yang muntah di tengah malam disebabkan terlalu lena tidur.

"Sekarang ini dia (isteri) juga sudah mula suka minum Milo selepas menikmatinya ketika kami di Kundasang, Sabah. Manalah saya nak cari lori Milo? Kalau boleh sesiapa tolong carikan, sila beritahu saya," ceritanya.

Dalam pada itu, Zaki memberitahu dia dan isteri sudah melakukan persiapan menyambut kelahiran anak mereka nanti.

Mentaliti saya berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab seperti mana lelaki lain yang sudah punya anak

ZAKI AZEMAN

PELAKON

Malah, dia juga sedang memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik kerana sedar tanggungjawab besar bakal dipikul kelak.

"Dari segi persiapan saya sekarang lebih memberi fokus kepada isteri agar dia sentiasa sihat dan tidak tertekan sebelum bersalin.

zaki azeman 3

Zaki kini lebih memberi fokus kepada kesihatan isteri.

"Saya sendiri tak sangka akan jadi bapa. Mentaliti saya berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab seperti mana lelaki lain yang sudah punya anak," jelasnya.

Untuk rekod, Zaki selamat bergelar suami kepada Raa yang juga merupakan adik pengacara Jaa Suzuran pada 29 Mei tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain