suria

Satu-satunya lokasi konsert di Asia, Muse bakal bertemu peminat di KL Julai depan

Muse bakal menganjurkan konsert di KL Julai depan.

SATU lagi kumpulan penyanyi antarabangsa iaitu Muse bakal menganjurkan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Julai depan.

Pihak penganjur iaitu Hello Universe PLT mengumumkan konsert MUSE 'The Will of The People' Tour 2023 akan diadakan di Malaysia dan merupakan satu-satunya lokasi konsert di Asia.

Di sebalik kesukaran bagi membawa Muse ke Asia dan menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya venue persinggahan, konsert ini sudah pasti akan menarik kesemua peminat fanatik kumpulan rock berkenaan dari Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia.

muse1 - 1

Peminat pasti merindui persembahan bertenaga daripada Muse.

Penganjur mensasarkan di antara 60,000 hingga 100,000 kapasiti pengunjung yang akan hadir menyaksikan konsert ini di Malaysia.

"Kami sangat berbesar hati akhirnya dapat mengumumkan bahawa 'Will of The People' one night only special for Asia, akan diadakan di Malaysia," kata Adam Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza pun tampil tema uniform sekolah, konsert Ada Apa Dengan Melly? gamit memori 3,000 penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Pretty Ugly 25 Februari, rai ulang tahun ke-21 dalam industri muzik

Dalam pada itu, pemenang anugerah Grammy dua kali ini juga turut disenaraikan sebagai 10 Rock Band Terbaik di dunia selain telah mendapat pengiktirafan secara meluas sebagai salah satu live band terbaik di dunia.

Tiket pra-jualan boleh didapati bermula pada 2 Mac 2023 pada pukul 10 pagi dan tiket yang dijual kepada awam bermula 3 Mac 2023 pada pukul 10 pagi.

Untuk rekod, konsert Muse yang terakhir di Asia adalah pada tahun 2019 yang berlangsung di Singapore Grand Prix.

muse2 - 1

Dianggarkan seramai 60,000 hingga 100,000 penonton bakal menyaksikan konsert Muse.

Sebelum itu juga, jelajah Asia terakhir mereka adalah pada tahun 2015 dimana ia sebahagian daripada jelajah ‘Drones’ yang menyaksikan kumpulan itu membuat persembahan di Beijing, Shanghai, Singapura, Hong Kong dan Seoul.

Konsert Muse yang terakhir di Kuala Lumpur telah diadakan enam tahun lalu iaitu pada 2017.

Muse yang dianggotai oleh Matthew Bellamy, Chrisopher Wolstenholme dan Dominic Howard popular menerusi lagu-lagu seperti Time Is Running Out, Suppermasive Blackhole, Starlight, Uprising dan Madness.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain