suria

Zaki Azeman selamat bergelar suami, Jaa Suzuran sedih lepaskan satu-satunya adik perempuan

Zaki sah bergelar suami kepada Raa.

DENGAN sekali lafaz pelakon Zaki Azeman sah bergelar suami kepada Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa kira-kira pukul 10 pagi, Ahad.

Pasangan ini selamat disatukan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kahwin dengan adik perempuan seorang, tapi kena ‘pikat’ hati 7 abang... Zaki Azeman dan adik Jaa Suzuran selamat bertunang

Berita gembira itu dikongsi oleh abang kepada Shahira iaitu pelakon dan pengacara Jaa Suzuran yang turut meluahkan rasa syukur majlis pernikahan adik bongsunya berjalan lancar.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, adik saya selamat bernikah.

“Hari yang ditunggu telah tiba. Walaupun rasa sedih, tetapi saya tumpang gembira satu-satunya adik perempuan yang kami jaga selama ini sudah bergelar isteri.

Kami serahkan tanggungjawab kepada Zaki untuk menjaga adik kami. Syukur majlis berjalan lancar

JAA SUZURAN

PENGACARA

“Kami serahkan tanggungjawab kepada Zaki untuk menjaga adik kami. Syukur majlis berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam majlis tersebut, Zaki atau nama sebenarnya Mohamad Zaki Azeman, 28, menyerahkan mas kahwin RM19,999 berserta satu set barangan kemas.

zaki azeman 2

Zaki ketika majlis pertunangan Februari lalu.

Sementara itu majlis resepsi pula akan diadakan di lokasi sama pada malam ini.

Shahira merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik dan merupakan puteri tunggal dalam keluarga.

Untuk rekod, Zaki mengikat tali pertunangan dengan influencer dan streamer berusia 23 tahun ini pada 2 Februari lalu.

Pasangan berkenaan yang dihubungi untuk berkongsi detik manis ini bagaimanapun tidak menjawab panggilan dibuat mungkin kerana sibuk dengan majlis yang diadakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain