suria

Selepas 2 minggu masuk ICU, bapa Naqiu meninggal dunia akibat kesan Covid-19

Bapa Naqiu meninggal dunia selepas dua minggu di hospital.

BAPA kepada penyanyi Naqiu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.05 pagi hari Ahad di Hospital Serdang, Selangor selepas hampir dua minggu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Berita sedih itu dikongsi oleh Naqiu dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Paras oksigen menurun, bapa Naqiu ditidurkan... Bersiap sedia sebarang kemungkinan

“Papa saya baru sahaja meninggal dunia pukul 6.05 pagi tadi. Saya mohon semua untuk sedekahkan Al Fatihah buat papa.

“Papa terlalu penat, lama sangat sakit. Lepas ini papa berehatlah. Papa dah boleh jumpa mama. Moga suatu hari nanti kita semua akan bertemu,” ujarnya.

naqiu 1

Bapa Naqiu alami komplikasi akibat jangkitan Covid-19.

Bapanya iaitu Mohd Najib sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan dimasukan ke hospital pada 16 Mei akibat komplikasi selepas terkena jangkitan Covid-19 beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Naqiu memaklumkan dia reda dengan segala ketentuan selepas bapanya ditidurkan akibat penurunan oksigen dalam badan.

"Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain