suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Intan Najuwa masuk hospital selepas 3 hari berdepan gastrik teruk… Tekanan mungkin punca kesihatan terganggu

Intan berkongsi foto dia kini dirawat di sebuah pusat perubatan.

SELEPAS tiga hari diserang penyakit gastritis atau gastrik, akhirnya pelakon Intan Najuwa terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pada Sabtu.

Gara-gara penyakit gastrik teruk itu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memberitahu degupan jantungnya turut menjadi laju.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Perlu Kerja Biarpun Masih Sakit

Kata pelakon berusia 25 tahun itu, dia berkemungkinan diserang penyakit gastrik itu disebabkan tekanan selain pengambilan kafien berlebihan.

Saya tak mampu nak lakukan ini lagi.

INTAN NAJUWA

PELAKON

"Sekali lagi dan sekali lagi. Saya tak mampu nak lakukan ini lagi. Sudah tiga hari. Saya diserang sakit gastrik yang sangat teruk dan jantung berdebar-debar.

“Ia disebabkan tekanan dan terlalu banyak kafien," kata Intan.

Pelakon drama siri Tak Sempurna Mencintaimu itu berkongsi keadaan dirinya menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kepastian mengenai keadaan Intan masa kini gagal apabila aktres itu gagal dihubungi.

Intan Najuwa

Intan mungkin kurang rehat disebabkan banyak kerja.

Dalam pada itu, Intan tidak menolak kesibukan bekerja sambil belajar menyebabkan tahap kesihatannya terganggu.

"Mungkin juga disebabkan terlalu banyak bekerja, belajar, terus tumbang macam ini," ujarnya.

Sekitar 2018, Intan pernah dimasukkan ke wad di sebuah hospital untuk beberapa hari selepas mengalami tekanan darah rendah dan rehidrasi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain