suria

Big Stage peluang penyanyi Malaysia belajar cara kerja peserta luar, Ajai yakin semua ada potensi juara… “Siapa nyanyi sedap dia menang”

Ajai selaku juri Big Stage musim kelima.

SELAKU juri dalam program Big Stage musim kelima (BS5), penyanyi dan komposer Ajai memberitahu tiada istilah persaingan di antara peserta tempatan dan luar negara tahun ini.

Ajai atau Muhammad Faizal Maas, 48, berkata setiap peserta mempunyai potensi untuk bergelar juara asalkan mereka memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

"Bila sebut tentang persaingan di antara peserta saya rasa kita tidak boleh cop pertandingan ini perlukan pesaing sama ada dari Malaysia, Singapura atau Indonesia.

ajai1 - 1

Ajai mahu peserta tempatan belajar dari penyanyi luar negara.

"Siapa saja yang sedap menyanyi dia akan dinobatkan sebagai pemenang," katanya kepada mStar.

Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media minggu pertama Big Stage musim kelima yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk kejar 'viewers' tapi kocek kosong, Ajai bagi nasihat kepada penyanyi baharu

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya dengar dia nyanyi di tandas, dapur"... Aina Abdul tak pilih kasih adili peserta Big Stage termasuklah 'ex housemate' Nadeera Zaini

Dalam pada itu, Ajai berkata penyertaan penyanyi dari luar ini juga dapat memberikan peluang kepada peserta Malaysia untuk melihat cara mereka bekerja.

"Saya rasa ini juga peluang buat peserta-peserta negara kita lihat bagaimana cara kerja penyanyi luar.

"Peserta boleh lihat bagaimana peserta lain buat homework dan mungkin ia boleh jadi satu pembelajaran yang baharu selain dia dapat daripada juri atau pun pihak produksi.

Siapa saja yang sedap menyanyi dia akan dinobatkan sebagai pemenang.

AJAI

JURI BIG STAGE 5

"Sebenarnya pergaulan itu mereka boleh nampak nanti macam mana modul peserta luar negara yang bukan orang Malaysia bekerja," ujarnya.

Sementara itu, Penyelia Penerbit BS5, Firdaus Mahadi berkata pemilihan peserta dari luar negara itu adalah yang terbaik mereka boleh berikan untuk tahun ini.

Faizal turut menjawab berkenaan peserta dari Brunei yang pada awalnya dimaklumkan dalam sidang media, namun tidak ditampilkan dalam konsert minggu pertama Ahad lalu.

"Kali ini kita dapat peserta-peserta akan bersaing dan Alhamdulillah penonton menyambut baik untuk semua peserta dari luar negara.

"Ini adalah antara peserta luar negara yang terbaik kami dapatkan untuk musim kali ini.

ajai2 - 1

Faizal (kiri) yakin peserta luar negara tahun ini beri saingan sengit.

"Kami memang ada approach peserta dari Brunei tetapi atas sebab-sebab tertentu kali ini tiada penyertaan dari negara tersebut," katanya.

BS5 dikendalikan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain