suria

Rezeki kahwin! Syafiq Kyle bakal muncul dalam drama bersiri terbitan United Kingdom

Syafiq cabar diri berkerja dengan produksi UK.

KETIKA sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan, pelakon Syafiq Kyle memaklumkan dia bakal berkerjasama dengan sebuah produksi berpangkalan di United Kingdom (UK).

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, berkata, projek drama bersiri itu merupakan adaptasi daripada novel penyiasatan yang mengisahkan seorang inspektor datang ke beberapa negara untuk membuast siasatan.

"Saya akan berkerjasama dengan pihak produksi United Kingdom (UK), yang judulnya masih lagi dirahsiakan dan akan mula jalani pengambaran bulan Julai ini.

325235

Syafiq bakal berkerjasama dengan produksi UK.

"Siri ini diadaptasi daripada novel dan pelakon utama dari London, dia datang ke Malaysia kerana ada satu kes perlu diselesaikan.

"Watak saya sebagai Sarjan Syukur, skrip buat masa sekarang masih lagi rahsia," katanya kepada mStar.

Syafiq berkongsi hal berkenaan ketika hadir di sidang media pelancaran drama Seindah Kasih pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Persiapan kahwin sudah siap 50 peratus, Mimi Lana sedia jadi isteri Syafiq Kyle

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu masa disatukan sebagai suami isteri, Syafiq Kyle dan Mimi Lana nikah lepas raya - “Bagi orang puasa dulu”

Berkongsi lebih lanjut, Syafiq memaklumkan bahawa dia antara artis yang berjaya di dalam uji bakat di lakukan oleh pihak produksi berkenaan.

Malah ini adalah permulaan awal bagi dirinya untuk cuba memasuki pasaran luar.

"Dia orang cari pelakon dan saya datang untuk uji bakat, saya diterima. Ada beberapa pelakon Malaysia lain yang turut terlibat sama.

1639412

Syafiq dan Mimi sedang hitung hari bergelar suami isteri.

"Saya kena belajar bahasa Inggeris dalam siri ini, saya suka perkara-perkara yang memcabar diri sebab itu saya ambil peluang ini selain ingin mengetengahkan bakat saya," kongsinya.

Bercakap mengenai debaran bakal bergelar suami, Syafiq memberitahu dia kini banyak mendengar ceramah agama sebagai persediaan.

Jelas Syafiq persiapan telah selesai dan dia kini lebih fokus kepada kehidupan selepas berkahwin dengan bakal isterinya, pelakon Mimi Lana.

3532523

Syafiq dan Mimi bertunang Januari lalu.

"Saya banyak tengok ceramah-ceramah dari ustaz sebagai persiapan untuk bergelar suami. Segala persiapan telah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja pada bulan lapan nanti," ujarnya.

Pada Januari lalu, Mimi memuat naik sebuah foto yang menunjukkan jari manisnya disarungkan cincin dengan kapsyen 'One step closer' dan dipercayai sudah mengikat tali pertunangan dengan Syafiq.

Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selama lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut selepas masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain