suria

Impian jadi kenyataan! Wanita dan anak terserempak Seungri Big Bang di Pavilion KL, siap ajak ambil gambar bersama

Seungri mesra melayan peminat di Kuala Lumpur.

SEORANG peminat meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu dengan artis pujaannya iaitu Seungri yang juga merupakan bekas anggota kumpulan kpop popular Big Bag di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih istimewa lagi, penyanyi tersebut mengajak wanita itu bersama anaknya bergambar apabila mereka menegurnya ketika sedang berjalan seorang diri di pusat beli-belah popular itu.

"Kami terjumpa dia (Seungri). Kami mendekatinya dengan hadiah dan beritahu bahawa kami rindukan dia.

seungri 1

Peminat sentiasa memberi sokongan terhadap Seungri.

"Dia mengajak kami bergambar. Apabila dia mengajak untuk duduk bersama kami menangis," cerita wanita itu menerusi Instagram miliknya.

Seungri dilaporkan berada di Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

Semenjak penyanyi itu dibebaskan daripada hukuman penjara tahun lalu, Seungri dilihat memencilkan diri daripada dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Seungri selesai jalani hukuman penjara 18 bulan, dijangka perlahan karier seni bimbang cetus kemarahan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh hukuman penjara dikurangkan, Seungri dijangka bebas Februari 2023

Berkongsi lanjut mengenai pertemuan dengan Seungri, wanita itu memberitahu anaknya sudah meminati kumpulan Big Bang sejak sembilan tahun lalu.

Sebagai peminat yang menggelarkan diri mereka VIP, anaknya tetap memberi sokongan meskipun penynanyi itu pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi sehingga menyebabkan dia menerima hukuman penjara.

"Raya 2023 yang terbaik terutama buat anak saya yang meminati Seungri sejak berusia 13 tahun. Kami gembira dapat bertemu dengannya yang sentiasa positif dan mahu menjadi lebih baik.

seungri 2

Seungri bebas hukuman penjara pada Februari lalu.

"Semoga semuanya terbaik buat Seungri. Seperti yang dia katakan apa yagn berlaku sudah berlalu," jelasnya.

Video wanita berkenaan bertemu Seungri turut tular di Twitter dan ramai peminat Big Bang meluahkan rasa cemburu kerana tidak berpeluang bertemu artis kesayangan mereka itu.

Pada Februari lalu, Seungri dibebaskan selepas 18 bulan menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk pelacuran haram perjudian, penyebaran video haram dan mengugut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain